Ometochtli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bekas berbentuk arnab yang mungkin digunakan untuk mengisi pulque, kerana arnab (dan dewa arnab Ometochtli) ialah lambang pulque.

Dalam mitos Aztec, Ometochtli merupakan nama bagi sesetengah dewa atau tokoh ghaib yang dikaitkan dengan pulque (octli),[1] sejenis minuman beralkohol yang dihasilkan daripada penapaian sap tumbuhan maguey.[2] Menjelang period Pascaklasik Akhir dalam kronologi Mesoamerika, timbulnya sehimpunan kepercayaan dan amalan keagamaan dalam konteks pengeluaran dan adat pengambilan minuman, iaitu "kultus pulque (atau octli)" yang mungkin berakar umbi di dalam sebuah kawasan pergunungan di Mexico tengah. Dalam masyarakat Aztec, adat octli membentuk satu komponen utama agama dan perayaan Aztec, ditambah pula dengan pengaitan berbilang dewa setempat dan berkelas-kelas sacerdotes ("pendeta").[3]

"Ometochtli" ialah satu nama takwim dalam bahasa Nahuatl Klasik, yang erti harfiahnya "dwi-arnab".

[sunting] Lihat juga

[sunting] Catatan

  1. Asal usul perkataan pulque belum dipastikan. Octli merupakan nama (Nahuatl) bagi minuman ini dalam teks bersejarah yang berkenaan pada zaman pasca penaklukan.
  2. Aguilar-Moreno 2007, p.149; Miller & Taube 1993, p.136
  3. Smith 2003, p.88

[sunting] Rujukan

Aguilar-Moreno, Manuel (2007). Handbook to Life in the Aztec World, Oxford and New York: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-533083-0.
Miller, Mary; and Karl Taube (1993). The Gods and Symbols of Ancient Mexico and the Maya: An Illustrated Dictionary of Mesoamerican Religion, London: Thames & Hudson. ISBN 0-500-05068-6.
Sahagún, Bernardino de [ca.1558–61] (1997). Primeros Memoriales, Thelma D. Sullivan (English trans. and paleography of Nahuatl text), with H.B. Nicholson, Arthur J.O. Anderson, Charles E. Dibble, Eloise Quiñones Keber, and Wayne Ruwet (completion, revisions, and ed.), Civilization of the American Indians series vol. 200, part 2, Norman: University of Oklahoma Press. ISBN 978-0-8061-2909-9.
Smith, Michael E. (2003). The Aztecs, edisi 2nd edn., Malden, MA: Blackwell Publishing. ISBN 0-631-23015-7.

Templat:AztecMythHorizontalTemplat:Tunas-mitos

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain