Operasi dedua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Operasi dedua ialah sejenis operasi matematik yang menerima dua kendalian. Contoh-contoh operasi dedua yang terkenal ialah operasi tambah, tolak, darab, dan bahagi.

Dalam teori set, operasi dedua pada suatu set S dilihat sebagai sejenis fungsi yang memetakan setiap unsur dalam hasil darab Descartes S \times S kepada S. Dalam simbol:

f : S \times S \to S

Sebagai contoh, dalam aritmetik nombor nyata, operasi dedua tambah (+) ditakrifkan sebagai sebuah fungsi yang memetakan hasil darab Descartes set nombor nyata (\mathbb{R}) kepada nombor nyata:

+ : \mathbb{R} \times \mathbb{R} \to \mathbb{R}