Oppidum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Empire Rom mentakrifkan oppidum (jamak: oppida) sebagai Latin bagi penempatan utama dalam sebarang daerah pentakbiran.

Julius Caesar mengambarkan penempatan zaman Besi yang lebih besar yang dijumpainya di Gaul sebagai oppida dan istilah tersebut digunakan sekarang bagi menggambarkan bandar besar sebelum era Rom yang wujud merata-rata tempat di Eropah Tengah dan Barat. Kebanyakan oppida berkembang dari kota bukit walaupun bukan kesemuanya mempunyai fungsi pertahanan penting. Oppida dikelilingi oleh tembok tanah dikenali sebagai oppida tertutup.

Pembangunan oppida merupakan mercu tanda bagi kemajuan kontinent kerana ia merupakan penempatan besar pertama di utara laut Mediterranean yang boleh dianggap bandar sebenar. Caesar menegaskan bahawa setiap puak Gaul boleh mempunyai beberapa oppida tetapi ia tidak sama penting, kemungkinannya menggambarkan satu bentuk hierarki.

Di daerah yang ditakluk, orang-orang Rom menggunakan infrastruktur oppida untuk mentakbir empire dan kebanyakannya bertukar menjadi bandar Rom sepenuhnya. Ini seringkali termasuk pertukaran lokasi dari puncak bukit ke dataran.

Contoh oppida:

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • John Collis, Oppida, earliest towns north of the Alps (Sheffield 1984).