Osteofit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Taji tulang
Pengelasan dan sumber luaran
Osteofit kecil (panah) bagi cuaran ankoneus pada ulna boleh dilihat pada contoh pathologi gross bagi babi betina.
ICD-10 M25.7
ICD-9 726.91
P. Data Penyakit 18621
MeSH D054850
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Osteofit, biasanya dirujuk sebagai taji tulang,[1] adalah unjuran tulang yang terbentuk sepanjang tepi sendi.[2] Osteofit tidak sepatutnya dikelirukan dengan enthesophyte, di mana ujuran tulang yang terbentuk pada sambungan urat (“tendon”) atau ligemen.[3]

Patofisiologi[sunting | sunting sumber]

Osteofit terbentuk akibat peningkatan pada kawasan permukaan sendi yang rosak. Ini merupakan bentuk biasa bagi permulaan arthritis. Osteofit biasanya menghadkan pergerakan sendi dan biasanya menyebabkan kesakitan.[1]

Osteofit terbentuk secara semulajadi pada belakang tulang belakang (“Vertebral column”) ketika seseorang lanjut usia dan merupakan tanda kemerosotan tulang belakang spine. Dalam kes ini taji bukanlah punca kesakitan, tetapi merupakan tanda masaalah lebih mendalam. Bagaimanapun taji tulang pada tulang belakang mampu menekan pada saraf yang keluar dari tulang belakang ke bahagian lain badan. Tekanan ini boleh menyebabkan kesakitan pada kedua-dua bahagian atas atau bawah badan atau rasa berdenyut-denyut “tingling sensations”) pada kaki dan tangan kerana saraf yang memberikan rasa pada kawasan Dermatomik mereka.[4]

Taji juga boleh muncul pada kaki, samaaada sepanjang ibu jari kaki atau tumit, termasuk juga pada tangan. Dalam kes melampau taji tulang telah tumbuh sepanjang keseluruhan struktur rangka seseorang: sepanjang lutut, pinggul, bahu, rusuk, tangan dan pergelangan kaki. Kes sedemikian hanya timbul bagi eksostosis berganda.

Osteofit pada jari dikenali sebagai nod Heberden (jika pada sendi interfalangeal distal) atau nod Bouchard (jika pada sendi interfalangeal proksimal).

Osteofit juga mungkin merupakan proses akhir sesetengah penyakit. osteomielitis, jangkitan tulang, mungkin meninggalkan tulang bersebelahan dengan pembentukan taji. Kaki Charcot arthropathi, kemerosotan neuropathik pada kaki dilihat terutamanya pada pesakit penyakit kencing manis, juga akan meninggalkan taji tulang yang kemudiannya mungkin menjadi simptomatik.

Punca[sunting | sunting sumber]

Pembentukan Osteofit telah secara klasik dikaitkan dengan sebarang perubahan jujukan dan hasilan pada pembentukan tulang yang disebabkan penuaan, kemerosotan, ketidakstabilan mekanikal, dan penyakit (seperti Diffuse Idiopathic Skeletal Hyperostosis). Seringkali bentuk Osteofit pada sendi osteoarthritic disebabkan kerosakan dan haus akibat keradangan. Pemendakan kalsium dan pembentukan tulang baru juga boleh berlaku sebagai tindak balas kepada kerosakan mekanikal pada sendi.[5]

Rawatan[sunting | sunting sumber]

Biasanya, kes tanpa simptom tidak dirawat. Bagi yang lain, pilihan biasa adalah NSAID dan pembedahan.

Rekod fosil[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Paleopathologi

Bukti bagi taji tulang dijumpai pada rekod fosil dan dikaji oleh pakar paleopathologi, pakar dalam penyakit atau kecederaan silam. Taji tulang telah dilaporkan pada rekod dinasour dari beberapa spesies, termasuk Allosaurus fragilis, Neovenator salerii, dan Tyrannosaurus rex.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Bone spurs MayoClinic.com
  2. osteophyte di Kamus Perubatan Dorland
  3. Rogers J, Shepstone L, Dieppe P (Feb 1997). "Bone formers: osteophyte and enthesophyte formation are positively associated". Annals of the Rheumatic Diseases 56 (2): 85–90. doi:10.1136/ard.56.2.85. PMC 1752321. PMID 9068279. //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1752321/. 
  4. Laser Spine Institute
  5. Nathan M, Pope MH, Grobler LJ (Aug 1994). "Osteophyte formation in the vertebral column: a review of the etiologic factors--Part II". Contemporary Orthopaedics 29 (2): 113–9. PMID 10150240. 
  6. Molnar, R. E., 2001, Theropod paleopathology: a literature survey: In: Mesozoic Vertebrate Life, edited by Tanke, D. H., and Carpenter, K., Indiana University Press, p. 337-363.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]