PTS Media Group

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari PTS Media Group Sdn Bhd)
PTS Media Group
Diasaskan pada1988
PengasasAinon Mohd
Abdullah Hassan
Negara asalMalaysia
Lokasi ibu pejabatKuala Lumpur
PengedaranKedai Borong PTS
Bookcafe
Buku Lelong
Kedai Buku PTS
ImprinPTS Publishing House
PTS Junior
Bookiut
Komik-M
Penerbit X
Puteh Press
Laman web rasmipts.com.my

PTS Media Group Sdn Bhd (dahulunya sebagai PTS Consultants Sdn Bhd) ialah sebuah kumpulan syarikat penerbitan dan pengedaran buku di Malaysia. Ia menghimpunkan beberapa buah syarikat di bawah jenama PTS yang diasaskan oleh pasangan penggiat bahasa, Ainon Mohd dan Profesor Emeritus Abdullah Hassan. PTS merujuk kepada singkatan Professional Training Service.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

PTS Consultants Sdn Bhd diasaskan pada 1988 bagi menawar khidmat rundingan penerbitan, latihan suntingan teks dan susun atur huruf.[1] Bermula tahun 2000, PTS mula aktif menerbit dan mengedar buku dalam bahasa Melayu yang sesuai untuk bacaan umum.

PTS menyediakan perkhidmatan daripada segi latihan penulis, teknik menulis, para penulis, kulit, kandungan, tatabahasa, jualan buku dan pemasaran penulis. Hingga kini aktiviti penerbitan PTS diurus oleh lapan (8) anak syarikat penerbitan yang menerbitkan genre berbeza.

PTS Consultants Sdn Bhd ditukar nama kepada PTS Media Group Sdn Bhd pada 4 Januari 2012 bagi memperkemas bidang penerbitan, pemasaran, media dan produksi syarikat tersebut.

Syarikat naungan[sunting | sunting sumber]

PTS Media Group kini menaungi syarikat-syarikat penerbitan iaitu PTS Publishing House Sdn. Bhd. dan Open Bridge Publications Sdn. Bhd. Ia juga menaungi syarikat-syarikat pengedaran dan jualan buku iaitu PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., PTS Bookcafe Sdn. Bhd. dan PTS Events & Exhibitions Sdn. Bhd.

Di bawah PTS Publishing House Sdn. Bhd., terdapat beberapa imprin buku yang digunakan iaitu PTS Publishing House. PTS Junior dan Bookiut. Sebelum penyelarasan syarikat, beberapa imrpin turut digunakan iaitu PTS Millennia, PTS Professional Publishing, PTS Akademia, PTS One, PTS Litera Utama, PTS Islamika dan PTS Darul Furqan.

Di bawah Open Bridge Publications Sdn. Bhd. pula, terdapat beberapa imprin buku bergenre luar dari kebiasaan PTS iaitu Komik-M (genre komik), Penerbit X (genre misteri dan pengembaraan) dan Puteh Press (penerbitan bebas).

Di bawah sektor pengedaran pula, beberapa produk jualan buku ditubuhkan seperti Kedai Borong PTS (jualan secara borong), Kedai Buku PTS (kedai fizikal), Bookcafe (kedai dalam talian) dan Gedung Buku Lelong (jualan murah buku lama).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pengenalan PTS. Capaian 21 Ogos 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]