Pak Ketipak Ketipung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pak Ketipak Ketipung merupakan sebuah lagu rakyat masyarakat Melayu, ianya berasal dari Sumatera, Indonesia[1]. Namun lagu ini juga cukup terkenal di Malaysia. Lagu ini sering kali diperdendangkan di majlis-majlis keraiaan, perkahwinan (khususnya ketika majlis persandingan). Ia juga didendangkan untuk tujuan berhibur antara sahabat-sahabat handai. Antara alat muzik yang biasa digunakan untuk memainkan lagu ini adalah gendang dan akordion. Antara penyanyi terkenal yang mendendangkan lagu ini ialah Jay Wijayanto, Andi Johari serta Emilia Contessa.

Lirik lagu[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah lirik lagu yang dinyanyikan oleh Jay Wijayanto dan Andi Johari:

Pak ketipak ketipung
Suara gendang bertalu – talu
Serentak hati bingung
Dalam hati siapa tahu

Kolam di dusun dek airnya penuh
Hujan lah rintik belum berlalu
Senjata racun dek tiada membunuh
Cinta yang murni dibawa mati

Pak ketipak ketipung
Suara gendang bertalu – talu
Serentak hati bingung
Dalam hati siapa tahu

Janganlah suka dek makan ketimun
Ketimun itu banyak getahnya
Janganlah suka dek duduk melamun
Melamun itu banyak susahnya

Pak ketipak ketipung, pak ketipak ketipung
Pak ketipak ketipung, ketipak ketipung, ketipak ketipung

Pak ketipak ketipung
Suara gendang dari seberang
Serentak hati bingung
Kalau adik suka temberang

Lirik lagu oleh Emilia Contessa:

Pak ketipak ketipung
Suara gendang bertalu – talu
Serentak hati bingung
Hati di dalam siapa yang tahu

(2 kali)

Jangan menung bung tiada perbuat
Disana lain banyak menanti
Jikalau maksud tiada sampai
Jangan dibawa bersusah hati

He..hee..heeee...

Pak ketipak ketipung
Suara gendang bertalu – talu
Serentak hati bingung
Hati di dalam siapa yang tahu

La..la..la..laa..la..laa..laaa..

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Soiree Indonesienne di Jantung Kota Sousse, Tunisia

Lihat juga[sunting | sunting sumber]