Pakaian tempur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pakaian tempur

Pakaian tempur, pakaian celoreng atau biasa disebut pakaian nombor 5 dalam perkhidmatan beruniform Malaysia, ialah sejenis pakaian seragam yang digunakan sebagai pakaian tempur, bertentangan dengan pakaian seragam atau pakaian rasmi yang dipakai pada hari perbarisan dan upacara majlis. Dalam bahasa Inggeris Amerika, istilah seragam sering digunakan, pada asalnya menjadi satu istilah bagi pakaian kerja askar. Pakaian tempur pada umumnya disamarkan, samada dalam bentuk monokrom seperti bayangan hijau atau warna perang untuk menyamai latar belakang, atau dalam bentuk corak celoreng.

Berbeza dengan pakaian seragam, pakaian celoreng biasanya diperbuat daripada kain kapas (atau dalam zaman moden kain kapas campur), dan potongan yang lebih longgar dan selesa. Tentera British di India pada pertengahan abad ke-19[1] merupakan yang pertama memakai seragam kain kapas kusam untuk berperang;[2] ia mula-mula dipakai oleh Corps of Guides pada tahun 1848 dimana pakaian berwarna perang lembut kusam yang dipanggil khaki oleh askar India.

Kain penyamaran tentera buatan pertama dan diedarkan secara meluas untuk pemasangan khemah ialah Tentera Darat Itali selepas Perang Dunia I. Jerman adalah negara pertama yang menggunakan kain khemah tersebut untuk pakaian askar payung terjun mereka, dan menjelang akhir perang kedua-dua askar Jerman dan fabrik Itali yang lama telah digunakan secara meluas untuk pakaian samaran.[3] Kebanyakkan negara memajukan pakaian samaran semasa Perang Dunia II, namun ia kerap diedarkan kepada unit-unit "elit" sahaja.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • DPM: Disruptive Pattern Material by Hardy Blechman and Alex Newman, DPM Ltd. (2004) ISBN 0-9543404-0-X
  • Behrens, Roy R. (2002). FALSE COLORS: Art, Design and Modern Camouflage. Bobolink Books. ISBN 0-9713244-0-9.
  • Khaki: Uniforms of the CEF by Clive M. Law (Service Publications, 1998).
  • Dressed to Kill: Canadian Army Uniforms in World War Two by Michael Dorosh (Service Publications, 2001). ISBN 1-894581-07-5
  • Official Government Recognized Export House Army Uniforms Military Uniforms India Berets
  1. ^ "Khaki Uniform 1848-49: First Introduction by Lumsden and Hodson". Journal of the Society for Army Historical Research. 82 (Winter): 341–347. 2004.
  2. ^ Barthorp, Michael (1988). The British Army on Campaign 1816–1902: Volume 3 (1856–1881). Osprey. m/s. 24–37. ISBN 0-85045-835-8.
  3. ^ Borsarello, J.F. (1999). Camouflage uniforms of European and NATO armies : 1945 to the present (ed. 1.udg.). Atglen, PA: Schiffer Pub. ISBN 0764310186.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]