Palak Jain ialah seorang pelakon televisyen India yang terkenal dengan peranan dalam program televisyen seperti Sunaina- Mera Sapna Sach Hua dan Veer Shivaji. Sejak Julai 2012 beliau telah menjayakan peranan Panchi Rastogi dalam The Buddy Project Channel V India, bersama bintang asalnya, Kunal Jaisingh.[1] Beliau juga merupakan sebahagian daripada siri Sony TV Itna Karo Na Mujhe Pyar pada tahun 2015, diikuti oleh Ek Duje Ke Vaaste pada tahun 2016. Beliau juga melakonkan watak Jhanvi dalam siri Laado 2. Namun wataknya dalam rancangan itu dimatikan.