Panzer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dua buah Panzer III sewaktu Pertempuran Greece, April 1941.
Badak sumbu India: Panzernashorn dalam bahasa Jerman

Panzer ialah kata pinjaman Jerman Panzer (Sebutan bahasa Jerman: [ˈpantsɐ]  ( dengar)), bermaksud "perisai" yang terdapat dalam bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain. Ia juga digunakan dalam kata majmuk Jerman seperti Panzerdivision, "divisyen kenderaan berperisai" dan (tua) Panzerkampfwagen, "kereta kebal" atau harfiah, "kenderaan tempur berperisai"

Kata bahasa Jerman Panzer merujuk kepada apa jua jenis perisai, seperti Plattenpanzer "plat perisai", Kettenpanzer "baju zirah ataupun baju besi". Panzer juga merujuk kepada kulit binatang seperti Schildkrötenpanzer "kulit kura-kura". Satu lagi contoh penggunaan kata Panzer ialah Panzernashorn yang merujuk kepada badak sumbu India (Rhinoceros unicornis).

Perkataan Panzer juga di pinjam terjemah ke bahasa Eropah lain seperti kata bahasa Denmark dan Norway: panservogn, "kenderaan berperisai".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Douglas Harper. "panzer". Online Etymology Dictionary.