Paper Towns

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pekan-pekan Kertas merupakan novel penulis John Green yang diterbitkan pada 16 Oktober 2008, oleh Dutton Books . [1] Novel ini ditulis terutamanya, kepada pembaca dewasa muda. Kisah novel ini adalah tentang protagonis, Quentin Jacobsen, juga digelar sebagai "Q", yang menjadi semakin matang semasa dalam perjalanan mencari Margo Roth Spiegelman, jirannya. Quentin juga terpesona dengan Margo sejak kecil lagi. Semasa pencariannya, Quentin dan rakannya Ben, Radar dan Lacey menjumpai maklumat tentang Margo. [2]

John Green mendapat inspirasi daripada pengalaman dan pengetahuannya tentang " bandar kertas " semasa perjalanan melalui Dakota Selatan. [2] Buku ini telah muncul di nombor lima dalam senarai buku terlaris <i id="mwGw">New York Times</i> bagi buku kanak-kanak [3] dan telah mendapat Anugerah Edgar 2009 sebagai novel dewasa muda paling baik. [4] Filem adaptasi bagi novel ini telah dikeluarkan pada 24 Julai 2015.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

John Green, pengarang Paper Towns

Sebutan konsep bandar kertas boleh didapati sering berulang sepanjang novel tersebut. John Green, merupakan seorang bekas penduduk Orlando. Di situ, dia telah melihat dan mendengar banyak berkaitan dengan "bandar kertas". Dia mendapat pengalaman kali pertamanya dengan "bandar kertas" dalam perjalanan jalan raya semasa tahun rendah di kolej. Dia dan sahabatnya terserempak dengan sebuah bandar kertas bernama Holen di Dakota Selatan. John Green menyatakan bahawa kisah Agloe yang disampaikan pada akhir novel kebanyakannya adalah benar: "Pada mulanya, Agloe merupakan sebuah bandar kertas yang dicipta bagi tujuan untuk melindungi daripada pelanggaran hak cipta. Tetapi orang yang memiliki peta Esso lama ini asyik mencarinya, jadi seseorang telah membina kedai bagi menjadikan kewujudan Agloe benar." [2]

Edisi lain[sunting | sunting sumber]

Keluaran edisi berkulit kertas novel itu adalah pada 22 September 2009. [5] Bloomsbury Publishing mengeluarkan buku ini di United Kingdom pada 3 Mei 2010. [6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Siegel, Tatiana (Oct 24, 2008). "Mandate, Mr.Mudd ready to roll 'Paper'". Dicapai pada 14 March 2012. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  2. ^ a b c Paper Towns 2008.
  3. ^ "Best Sellers". New York Times. November 2, 2008. Dicapai pada May 21, 2010.
  4. ^ "Edgar Award Winners" (PDF). Mystery Writers of America. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-08-27.
  5. ^ Green, John (2009). Paper Towns (9780142414934): John Green: Books. ISBN 978-0142414934.
  6. ^ "Paper Towns (Book) by John Green (2010)". Waterstones. Dicapai pada May 5, 2010.