Parti Campuran Nasional
| Parti Campuran Nasional | |
|---|---|
| Nama Finland | Kansallinen Kokoomus r.p. |
| Nama Sweden | Samlingspartiet r.p. |
| Ketua | Jyrki Katainen |
| Diasaskan | 1918 |
| Ibu pejabat | Pohjoinen Rautatiekatu 21 B FI-00100 HELSINKI |
| Ideologi | Konservatisme liberal Konservatisme |
| Kedudukan politik | Pertengahan kanan |
| Penggabungan antarabangsa | International Democrat Union |
| Penggabungan Eropah | European People's Party |
| Kumpulan Parlimen Eropah | European People's Party |
| Warna rasmi | Biru |
| Tapak web | |
| www.kokoomus.fi | |
Parti Campuran Nasional (Finland: Kansallinen Kokoomus r.p., Kok.; Bahasa Sweden: Samlingspartiet r.p., Saml.) ialah sebuah parti politik konservatif liberal[1] di Finland yang diasaskan pada 1918.
Parti Campuran Nasional merupakan salah satu daripada tiga parti terbesar di Finland, bersama dengan "Finland Sebenar" dan Parti Demokratik Sosial. Parti ini mendasari politiknya dengan "kebebasan dan tanggungjawab individu, kesamaan, demokrasi dan sistem ekonomi Barat, prinsip kemanusiaan dan penyayang."[2] Parti ini kuat berpihak pro-Eropah dan merupakan anggota European People's Party (EPP).
Pemimpinnya Jyrki Katainen kini adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Finland.
Pilihan raya parlimen 2011[sunting]
Dalam pilihan raya parlimen Finland 2011 yang diadakan pada 17 April 2011, Parti Campuran Nasional menjadi parti terbesar buat pertama kalinya.[3] Bagaimanapun ia cuma mendapat 44 kerusi daripada 200 kerusi Parlimen, turun 6 kerusi berbanding 50 yang diperolehinya pada pilihan raya 2007 sebelum ini. Jumlah undinya juga turun 1.9 %.[4]
Rujukan[sunting]
- ↑ Wolfram Nordsieck. "Parties and Elections in Europe". Parties-and-elections.de. http://www.parties-and-elections.de/finland.html. Capaian 2011-04-19.
- ↑ Tapak web rasmi (2007): Tätä on Kokoomus.
- ↑ "Katainen villitsi kokoomusväen". Helsingin Sanomat. Sanoma News. 17 April 2011. http://www.hs.fi/politiikka/artikkeli/Katainen+villitsi+kokoomusv%C3%A4en+Olemme+tehneet+historiaa+/1135265471380. Capaian 19 April 2011.
- ↑ Party results Kementerian Kehakiman Finland
Pautan luar[sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Parti Campuran Nasional |
- National Coalition Party – Tapak rasmi