Parutan belauan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekeping parutan belauan pantuan yang amat besar.

Dalam optik, parutan belauan ialah satu komponen optik yang permukaannya dilitupi oleh pola tetap garisan selari, lazimnya dengan jarak antara garisan setanding dengan panjang gelombang cahaya. Sinar cahaya yang melalui permukaan akan membengkok akibat belauan, seseuatu yang berkaitan dengan sifat gelombang cahaya. Sudut belauan ini bergantung kepada panjang gelombang cahaya.

Dalam bentuk yang paling mudah, parutan belauan boleh jadi sekeping slaid fotografi dengan pola halus garisan hitam. Namun begitu, untuk aplikasi praktik, kebanyakan parutan mempunyai alur berbanfing garisan hitam. sesuatu parutan itu boleh jadi lutsinar atau memantulkan. Disebabkan parutan boleh memisahkan cahaya kepada beberapa panjang gelombang berbeza (penyebaran), ia sering digunakan dalam monokromator dan spektrometer.

Untuk suatu belauan yang tetap, cahaya dengan panjang gelombang yang lebih besar secara amnya mempunyai sudut belauan yang lebih besar. Lebih tepat lagi, satu panjang gelombang boleh secara serentak mempunyai beberapa sudut belauan diskret, dipanggil susunan belauan.