Pasar Tanjung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 4°14′31″N 117°53′06″E / 4.24207°N 117.88488°E / 4.24207; 117.88488

Pasar Tanjung adalah sebuah pasar tertutup yang terletak di Tawau. Ia merupakan pasar tertutup terbesar di Malaysia.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembinaannya bermula pada tahun 1995 dengan kos sebanyak RM 25 juta, ia siap sepenuhnya pada bulan Jun 1999 sebelum digunakan pada bulan Oktober 1999. Pasar tiga tingkat ini dibina oleh Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan mampu memuatkan sebanyak 6,000 buah gerai di dalamnya serta dilengkapi kemudahan surau dan tandas. Ia merupakan sebuah projek pembinaan utama di Tawau pada tahun 1999 semenjak 1980-an.[2]

Nama "Tanjung" diambil sempena kedudukan pasar ini yang terletak di kawasan Sri Tanjung di Tawau.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tawau Tanjung Market". etawau.com. Dicapai pada 30 April 2008.
  2. ^ "Pasar Tanjung Tawau, Sabah, Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-07. Dicapai pada 2012-04-23.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]