Patrick Strzoda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Patrick Strzoda
Wakil Putera Bersama Andorra Perancis
Memegang jawatan
14 Mei 2017
RajaEmmanuel Macron
Perdana MenteriAntoni Martí
Xavier Espot Zamora
Didahului olehJean-Pierre Hugues
Butiran peribadi
Lahir (1952-01-05) 5 Januari 1952 (umur 72)
Thann, Haut-Rhin, Perancis
Alma mater
Anugerah

Patrick Strzoda (lahir 5 January 1952) ialah pegawai awam berpangkat tinggi Perancis, bekas pengawas, dan ketua kakitangan Presiden Perancis Emmanuel Macron yang sekarang.

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Patrick Strzoda dilahirkan pada 5 Januari 1952, di Thann, Haut-Rhin, Perancis.[1] Beliau lulus Universiti Franche-Comté, di mana beliau memperolehnijazah dalam bahasa Inggeris dan dari Universiti Strasbourg, tempat beliau memperoleh ijazah undang-undang.[1] Beliau lulus École nationale d'administration pada tahun 1983.[1][2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Strzoda merupakan ketua kakitangan Pengawas Dordogne dari tahun 1985 hingga 1987.[1] Beliau merupakan pengawas kecil Saint-Jean-de-Maurienne dari tahun 1987 hingga 1989, dan setiausaha agung jawatankuasa untuk Sukan Olimpik Musim Panas 1992 di Albertville dari tahun 1989 hingga 1992.[1] Beliau merupakan setiausaha agung wilayah Drôme di Valence dari tahun 1992 hingga 1994, dan pengawas kecil Arles dari tahun 1995 hingga 1996.[1] Beliau merupakan pengarah maklumat dan masyarakat untuk bandar raya Paris dari tahun 1996 hingga 1997, dan setiausaha agung hal eheal rantau untuk wilayah Rhône-Alpes dari tahun 1997 hingga 2002.[1]

Strzoda merupakan Pengawas Hautes-Alpes dari tahun 2002 hingga 2004, Pengasas Deux-Sèvres pada tahun 2005, dan pengawas majlis rantau Savoie dari tahun 2006 hingga 2007.[1] Beliau merupakan Pengawas Hauts-de-Seine dari tahun 2009 hingga 2011, Pengawas Corse-du-Sud dari tahun 2011 hingga 2013, dan Pengawas Brittany dari bulan Jun 2013 hingga Mei 2016.[1][2]

Strzoda merupakan ketua kakitangan Perdana Menteri Bernard Cazeneuve dari 4 Mei 2016 hingga 27 April 2017.[1][2] Beliau sekejap sahaja menjadi Pengawas Île-de-France pada April–Mei 2017.[2][3] Pada 14 Mei 2017, beliau dilantik oleh Presiden Emmanuel Macron sebagai ketua kakitangannya.[2]

Strzoda ialah pegawai Légion d'honneur dan Darjah Bakti Pertanian, kesateria Ordre des Palmes académiques, dan komander Darjah Bakti Negara.[1]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k "Patrick Strzoda" (PDF). Prefectures. Government of France. Dicapai pada 15 May 2017.
  2. ^ a b c d e Grammont, S. (14 Mei 2017). "Patrick Strzoda, ancien préfet de Bretagne, directeur de cabinet d'Emmanuel Macron". France 3 Bretagne. Dicapai pada 15 May 2017.
  3. ^ Zirar, W. (20 April 2017). "Le directeur de cabinet du Premier ministre nommé au sommet de la préfectorale". Acteurs Publics. Dicapai pada 15 May 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]