Pau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kuih pau yang biasanya dihidangkan panas-panas.
Wikibuku
Wikibuku mempunyai lebih lagi topik mengenai

Pau juga dipanggil sebagai baozi, bao, bau, humbow, nunu, bausak, atau pow merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan yis, diuli dan dibentukkan bulat yang mempunyai inti di dalam, sama ada manisan atau berdaging atau sayur-sayuran. Teknik popular untuk memasak pau ialah dengan menggunakan cara mengukus. Selain menggunakan teknik mengukus, teknik memasak secara goreng dan bakar juga boleh dilaksanakan.

Bagi mengenalpasti jenis-jenis pau yang dimasak, biasanya setitik pewarna diletakkan di atas pau bagi menandakan jenis inti yang terdapat di dalam pau tersebut. Di Malaysia, pau biasanya dihidangkan panas-panas, yang dibuat secara segar ataupun yang sejuk beku.

Asal masakan ini datangnya dari China.

Pembuatan[sunting | sunting sumber]

Tepung asas yang selalu menjadi pilihan ialah gandum. Namun, penggunaan tepung khusus atau tepung pau menjadi pilihan kerana komposisi tepungnya iaitu kadar kelembapan (13.0 - 14.0%), protein (9.5 - 10.5%) dan kandungan abu (0.50 - 0.60%) yang membolehkan tekstur warna putih salji dan bentuk fizikal yang gebu terhasil.

Alatan untuk mengukus, seperti pengukus buatan dari buluh, elektrik atau besi tahan karat. Penggunaan kuali, dijadikan dasar atau tempat letak air untuk membolehkan proses pengewapan air berlaku untuk pengukus jenis buluh. Ketuhar gelombang mikro juga boleh digunakan.

Bagi mengelak pau melekit di dulang pengukus, pelapik kertas atau kain diletakkan di bahagian bawah pau. Waktu mengukus diantara lebih kurang 15-30 minit.[1]

Variasi[sunting | sunting sumber]

Kukus[sunting | sunting sumber]

Penggunaan pes makanan dijadikan inti untuk jenis pau manisan. Ia terdapat dalam pelbagai perisa seperti:

Manisan[sunting | sunting sumber]

Bukan manisan[sunting | sunting sumber]

Inti daging seperti ayam atau lembu selalunya dimasukkan. Jenis masakan seperti rendang, masak lada hitam, ataupun kari menjadi pilihan. Selain daging, hasil laut seperti ikan bilis yang dijadikan sambal juga digunakan.

Manakala, sayur-sayuran seperti kentang, taugeh atau campuran sayur-sayuran seperti kubis, sengkuang, lobak merah atau cendawan.

Goreng[sunting | sunting sumber]

Pau ini digoreng dengan minyak yang banyak. Ada disetengah tempat atau kawasan memanggil donut inti. Pau jenis ini mempunyai variasi manisan dan bukan manisan. Pau goreng manis selalunya diisikan dengan pes kacang merah atau mana-mana jenis manisan yang dianggap bersesuaian. Manakala, bukan manisan seperti pau sambal ikan bilis (juga terdapat yang diselitkan hirisan timun) dan pau sardin (dari tin).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Granger, Bill (10 November 2013). "Basic steamed buns". The Independent. Diperolehi pada 12 November 2013.