Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan telah ditubuhkan pada tahun 1913. Ia pada mulanya dikenali sebagai Pejabat Superitendent of Lands Kelantan. Pada mulanya pejabat ini berkongsi dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu di Jalan Hospital.

Mulai pada tahun 1945, pejabat ini dikenali sebagai Pejabat Advisor of Land and Mines sehingga 1959. Seterusnya pada tahun 1970, pejabat ini dikenali sebagai Pejabat Commissioner of Lands and Mines sehingga tahun 1970. Mulai 1971 pejabat ini mula dikenali sebagai Pejabat Pengarah Tanah dan Galian sehinggalah hari ini.

Bidang kuasa pejabat ini meliputi seluruh negeri Kelantan yang mana ia berkeluasan 14,922 km persegi dan terbahagi kepada 10 jajahan iaitu Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang. Pada 5 Ogos 2010, pelancaran Jajahan Kecil Lojing telah disempurnakan oleh YMM Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail melengkapkan satu jajahan kecil yang baru.

Pejabat ini secara keseluruhannya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pentadbiran tanah di negeri Kelantan Darul Naim, Malaysia.


Objektif[sunting | sunting sumber]

1) Menasihatkan Pihak Berkuasa Negeri dalam segala aspek Pentadbiran Tanah mengikut peruntukan undang-undang.

2) Membantu Pihak Berkuasa Negeri dalam hal menentukan Dasar Tanah dan Galian Negeri selaras dengan kehendak Dasar Tanah Negara.

3) Menentukan Pentadbiran Tanah di seluruh negeri ini dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang dan dasar yang telah ditetapkan.

4) Memimpin, menyelaras dan mengawasi aktiviti-aktiviti Pejabat-Pejabat Tanah di seluruh negeri supaya dilaksanakan mengikut undang-undang dan kehendak serta selari dengan dasar yang telah ditetapkan bagi mencapai matlamat.

5) Menentukan kelicinan Pentadbiran Tanah di negeri supaya dapat mencapai kepuasan pelanggan.

6) Menentukan semua jenis hasil yang terlibat dapat dipungut dengan cara yang berkesan dan memuaskan.

7) Menyimpan dan menjaga dokumen hakmilik dan rekod urusan tanah yang kemaskini supaya pemilikan harta sentiasa sah di sisi undang - undang.


Fungsi[sunting | sunting sumber]

1) Menasihat Kerajaan Negeri dan Pentadbiran-pentadbiran Jajahan serta memeberi maklumbalas kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dalam hal pentadbiran tanah negeri keseluruhannya.

2) Menasihati Kerjaan Negeri berhubung dengan dasar-dasar pelupusan, pembangunan dan pentadbiran tanah.

3) Mengurus, menyelaras dan melaksanakan proses Pentadbiran Tanah selaras dengan kehendak Kanun Tanah Negara, Kaedah-Kaedah Tanah Kelantan, Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Kelantan, Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Kelantan dan Majlis Tanah Negara.

4) Menentukan hasil tanah dan galian dipungut sepenuhnya.

5) Menjaga, mengemaskini dan menganalisa data-data serta maklumat daftar hakmilik dan lain-lain maklumat mengenai pentadbiran tanah.

6) Memberi khidmat nasihat dan pemantauan dalam hal-hal pentadbiran tanah.

7) Menguatkuasakan Akta KTN 1965.


Visi dan misi[sunting | sunting sumber]

Visi Jabatan[sunting | sunting sumber]

Ke arah kecemerlangan pentadbiran dan pengurusan tanah berlandaskan pembangunan mampan.

Misi Jabatan[sunting | sunting sumber]

Mewujudkan sistem pengurusan dan tanah yang berkualiti, cekap dan berkesan selaras dengan Dasar Tanah Negara.

Moto[sunting | sunting sumber]

"Berkhidmat Dengan Dedikasi, Cepat dan Tepat"