Pekerja migran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pekerja migran ialah pekerja yang bekerja luar dari tempat asalnya, baik dalam ataupun luar negara. Menurut Konvensyen PBB mengenai Perlindungan Hak Semua Pekerja Migran dan Anggota Keluarga Mereka, pekerja migran ialah orang yang membuat aktiviti berbayar di negara yang bukan negara asalnya.

Pekerja migran di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Jumlah pekerja asing di Malaysia ialah 3.5 juta pada pertengahan tahun 2011. Di kalangan 3.5 juta itu, terdapat 1.5 juta pekerja asing sah dan 2 juta yang lain adalah tanpa izin. Menurut Factbook Malaysia, jumlah pekerja mahir asing dan ekspatriat berkemahiran rendah ke Malaysia semakin menurun. Hampir 40% daripada pekerja-pekerja asing di Malaysia tidak mendapat pendidikan rasmi, berbanding 10% yang berpendidikan tinggi. Walaupun begitu, jumlah pekerja migran mahir adalah lebih banyak berbanding jumlah kerja mahir. Pecahan migran dalam pekerjaan mahir telah menurun secara mendadak daripada tahap tertinggi 10% pada tahun 2002 kepada 5.8% pada tahun 2008. Ini disebabkan oleh tahap pendidikan tempatan, di mana tahap kemahiran keseluruhan penduduk tempatan semakin meningkat.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]