Pelilinan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
kemaluan wanita sebelum dililinkan (kiri) selepas dililinkan (kanan)
Kulit pada dada lelaki sebelum (kiri) dan selepas dililinkan (kanan).

Pelilinan, (jawi: ڤليلينن) (waxing) ialah suatu kaedah penanggalan rambut separa kekal yang mencabut keluar bulu badan dari akarnya dengan menggunakan bahan berasaskan lilin (wax) lalu bahagian tersebut boleh kekal dogol selama beberapa minggu - sekitar 4 hingga 6 minggu - namun bulu masih boleh tumbuh semula kerana kitaran pertumbuhan yang berbeza. Kaedah ini boleh digunakan pada keseluruhan bahagian badan termasuk bulu kening, muka, ari-ari, tulang empat kerat, belakang, abdomen, buku lima dan kaki.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Pelilinan lembut (strip waxing atau soft wax)[sunting | sunting sumber]

Satu lapisan lilin - sama ada dipanaskan atau sejuk - disapukan sekitar kawasan yang dikehendaki sebelum dilekapkan kuat dengan jalur kertas atau kain. Jalur tersebut kemudiannya ditarik dengan cepat mnnegikut arah yang bertentangan dengan arah pertumbuhan rambut serta selari dengan permukaan kulit agar tidak melukakan kulit. Jalur-jalur lilin yang sedia dibuat juga boleh didapati dalam lebagai saiz untuk kegunaan pada bahagian badan yang berbeza.[1]

Pelilinan keras (stripless wax atau hard wax)[sunting | sunting sumber]

Lilin pekat disapu tanpa sebarang jalur lain pada permukaan kulit.[2] Lilin ini kemudiannya menyejuk mulur lalu mudah dikelupas dengan bulu yang terkumpul sekali pada sisa lilin ini. Kaedah pelilinan yang menyeluruh serta kurang menyakitkan ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Torres, Naomi. "Types of Wax for Hair Removal". Live About. Dicapai pada 1 Jun 2015.
  2. ^ Jones, Cindy. "Soft Waxes vs. Hard Waxes". Painless Wax. Dicapai pada 11 November 2017.