Pemboleh ubah volatile

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam pengaturcaraan komputer, khususnya dalam bahasa pengaturcaraan C, C++, C#, dan Java, sesebuah pemboleh ubah atau objek yang diisytiharkan dengan kata kunci volatile biasa mempunyai sifat istimewa berkaitan dengan pengoptimuman dan/atau pembebenangan (threading). Secara umum, kata kunci volatile bertujuan untuk mengelakkan (pseudo)pengkompil daripada melakukan sebarang pengoptimuman kepada kod yang menyimpan nilai yang tidak dapat diubah "sendiri".