Pemegun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pemutar dan pemegun sebuah motor elektrik
Pemegun sebuah motor 3-fasa arus ulang-alik

Pemegun (b. Inggeris: Stator) ialah bahagian pegun yang terdapat pada penjana kuasa elektrik ataupun motor elektrik. Bahagian yang tidak pegun pada sesebuah motor elektrik pula dipanggil pemutar.

Bergantung kepada tatarajah sesebuah peranti daya gerak elektrik yang berputar, pemegun ini boleh bertindak sebagai magnet bermedan, bertindak balas dengan angker untuk menghasilkan pergerakan. Selain itu, pemegun juga boleh bertindak sendiri sebagai angker dengan menerima aruhan daripada gegelung medan yang bergerak yang terletak pada sebuah pemutar.

Penjanakuasa arus terus pertama, yang dikenali sebagai dinamo, dan motor arus terus meletakkan gegelung medan pada pemegun manakala penjanaan kuasa atau gegelung tindak balas gerak diletakkan pada pemutar. Hal ini amat penting kerana satu suis kuasa yang sentiasa bergerak, yang dikenali sebagai penukar tertib, diperlukan untuk memastikan medan berjajaran dengan betul sepanjang rotor yang berputar itu. Penukar tertib yang lebih besar diperlukan sekiranya keamperan kuasa meningkat.

Pemegun bagi peranti jenis ini boleh terdiri samada daripada magnet kekal atau elektromagnet. Sekiranya pemegun ialah elektromagnet, gegelung yang memacunya dikenali sebagai gegelung medan. Sebuah pengulangalik juga mampu menjana sendiri kuasa merentas berbilang-bilang gegelung penjana yang memiliki keamperan kuasa yang tinggi yang bersambung secara selari tanpa memerlukan penukar tertib. Dengan meletakkan gegelung medan pada pemutar, mekanisme cincin gelincir yang murah digerak bagi memindahkan kuasa bervolan tinggi dan berkeamperan rendah kepada gegelung medan yang berputar itu.

Pemegun mengandungi rangka daripada besi yang meliputi satu teras yang berbentuk silinder lompong (dibuat daripada pelaminaan besi silikon). Pelaminaan ini adalah untuk mengurangkan histerisis dan kehilangan arus pusar.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.