Pemultipleksan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pemultipleksan ialah proses penghantaran serentak dua atau lebih isyarat melalui sebuah saluran perhubungan. Kegunaanya adalah mempertingkatkan bilangan saluran perhubungan(communication channel) supaya lebih banyak maklumat boleh dihantar dengan ini dapat menjimatkan kos.

Sebelum pemultipleksan ditemui, penghantaran beberapa isyarat dari sumber yang berlainan dari satu tempat ke tempat lain satu saluran perhubungan digunakan untuk setiap isyarat.

Sebagai contoh, dalam sebuah kapal angkasa, beberapa penukar (transducer) memerlukan beberapa pemancar untuk menghantar isyarat tersebum sebelum tiba di bumi (suhu, tekanan, kelajuan, paras cahaya, kadar aliran, paras cecair, maklumat yang hendak disampaikan dan sebagainya).

Ini akan meningkatkan kos dan kekompleksan (contohnya memberatkan kapal dan menggunakan kuasa yang banyak).Oleh itu, keadaan yang ideal adalah dengan menggabungkan kesemua isyarat maklumat dan menghantarnya secara serentak ke bumi menggunakan hanya sebuah saluran radio.

Beberapa isyarat masukan akan digabungkan oleh pemultipleks (multiplexer) ke dalam satu isyarat rencam dan kemudiannya di hantar melalui satu saluran perhubungan,

Isyarat termultipleks akan dimodulatkan dan dipancar.Di hujung penerima, sebuah penyahmultipleks (demultiplexer) akan membahagi-bahagikan isyarat ke dalam bentuk asal.

Kaedah Pemultipleksan[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua kaedah dalam pemultipleksan iaitu: