Pemutus litar bocor ke bumi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pemutus litar bocor ke bumi di Jepun.

Pemutus litar bocor ke bumi (PLBB, PLBK atau ELCB) merupakan sejenis pemutus litar keselamatan yang dipasang pada sistem pendawaian elektrik dengan galangan bumi yang tinggi untuk mencegah renjatan elektrik.

Tujuan[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan pendawaian elektrik mempunyai galangan bumi yang tinggi disebabkan penggunaan rod bumi pada sistem pembumian TT ataupun keadaan tanah yang kering.

Pendawaian sebegini adalah berbahaya dan terdedah kepada risiko keselamatan jika arus elektrik mengalir akibat kebocoran dari wayar hidup ke wayar bumi. Oleh kerana galangan bumi adalah tinggi:

  1. arus tidak mencukupi untuk memutuskan fius ataupun menjadikan pemutus litar terpelantik, maka keadaan kerosakan adalah berterusan
  2. voltan pada bahagian berlogam yang terdedah tidah dapat diturunkan ke tahap yang selamat; badan berlogam ini mungkin akan diujakan dengan voltan menghampiri voltan wayar hidup.

Bahaya sebegini boleh dikurangkan secara drastik melalui penggunaan PLBB ataupun peranti arus baki (PAB atau RCD). PLBB menjadikan pemasangan pendawaian lebih selamat dengan memutuskan bekalan kuasa sekiranya keadaan berbahaya berlaku.

Dalam istilah bukan teknikal, apabila seseorang tersentuh sesuatu, terutamanya bahagian berlogam bagi peralatan elektrik yang mengalami kerosakan pada voltan yang berkaitan dengan bumi, arus elektrik akan mengalir melalui tubuh mangsa ke bumi. Arus yang mengalir adalah terlalu rendah untuk memutuskan fius ataupun membuatkan pemutus litar kecil terpelantik, tetapi masih mencukupi untuk membunuh manusia. PLBB mengesan kebocoran arus ke bumi walau sekecil mana pun dan seterusnya terpelantik bagi memutuskan bekalan elektrik.

Untuk membolehkan PLBB berfungsi, PLBB mestilah disambung pada sambungan bumi pada pendawaian elektrik. Sistem pembumian yang tidak berfungsi akan mengakibatkan PLBB gagal berfungsi.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Terdapat 2 jenis utama pemutus litar bocor ke bumi yang digunakan:-

Awalnya, kebanyakan PLBB yang digunakan di Malaysia adalah dari jenis kendalian voltan, tetapi ia diharamkan pada tahun 1994 melalui Peraturan-peraturan Elektrik 1994. Pengharaman ini berikutan kes-kes kemalangan elektrik yang berkaitan dengan kegagalan PLBB kendalian voltan untuk berfungsi. Kini, semua jenis PLBB yang digunakan adalah dari jenis kendalian arus.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

PLBB digunakan terutamanya pada sistem pembumian TT. Kini, penggunaan PLBB kendalian voltan telah diharamkan pada tahun 1994 dan kini digantikan dengan PLBB kendalian arus, juga dikenali sebagai peranti arus baki.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]