Penapisan filem di Malaysia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penapisan filem di Malaysia ditadbir oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia.
Isi kandungan |
Sistem pengkadaran [sunting]
-
Lihat juga: Sistem pengkadaran wayang bergambar
Sistem pengkadaran untuk filem ditunjukkan di pawagam Malaysia doperkenalkan pada 1996.
- U (Umum) - Untuk penonton umum. (Digunakan oleh kebanyakan filem di Malaysia hingga 2008.)
- P13 (Penjaga 13) - Kanak-kanak di bawah 13 tahun tidak dibenarkan melainkan ditemani oleh seorang dewasa. (Diperkenalkan pada 2006, ini menjadi sistem pengkadaran wayang gambar Malaysia rasmi pada 2008. Pengkadaran "PG-13" dijadikan "P13" pada April 2012 untuk menguatkan penggunaan bahasa Malaysia daripada Inggeris.
- 18SG (Seram, Ganas) - Filem mungkin mengandungi keganasan, keseraman yang mengganggu penonton.
- 18SX (Seks) - Filem mungkin mengandungi babak seks, ketelanjangan atau dialog seks yang mengganggu penonton.
- 18PA (Politik, Agama) - Filem mungkin mengandungi elemen termasuk aspek agama, sosial atau politik yang mengganggu penonton. (Jarang digunakan.)
- 18PL (Pelbagai) - Filem mungkin mengandungi elemen seperti dalam filem berkadar 18SG, 18SX, 18PA.
Filem dilarang [sunting]
Senarai filem dilarang di Malaysia