Pendaftaran syarikat di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pendaftaran syarikat di Malaysia bergantung kepada jenis syarikat seperti syarikat persendirian, berhad, dan koperasi.

Syarikat sendirian berhad[sunting | sunting sumber]

Takrifan[sunting | sunting sumber]

Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi menajanya, Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dan satu-satu masa.

Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu, Mempunyai namanya sendiri, Boleh didakwa atau mendakwa atas namanya sendiri di Mahkamah, Mempunyai alamat yang tertentu, Mempunyai aset atas namanya sendiri, Tertubuhnya bersepanjang sehingga tindakan diambil bagi membubarkannya, (perpetual seccession) walaupun ada di antara ahli-ahlinya yang meninggal dunia.

Organisasi syarikat[sunting | sunting sumber]

Syarikat Sendirian Berhad dianggotai oleh Lembaga Pengarahnya dalam mana akan dilantik, Pengerusi Lembaga Pengarah, Juruaudit Syarikat, Lain-lain Pengarah

Kuasa Lembaga Pengarah[sunting | sunting sumber]

Pihak berkuasa tertinggi syarikat ialah jemaah pengarahnya Lembaga Pengarah akan membuat ketetapan ke atas segala dasar yang perlu dijalankan oleh Syarikat. Semua kuasa yang tidak diuntuk atau dikhaskan di dalam undang-undang syarikat (Article of Association) adalah di dalam tangan Lembaga Pengarah tetapi berpandukan Akta Syarikat 1965 dan mereka bertanggungjawab kepada Mesyuarat Agung ke atas kemajuan syarikat tersebut. Kakitangan syarikat itu adalah menjadi penggerak kepada perniagaan dan merekalah yang menjalankan segala arahan Lembaga Pengarah. Lembaga Pengarah juga berkuasa mengambil dan membuang pekerja-pekerja syarikat itu.

Liabiliti pemegang saham[sunting | sunting sumber]

Faedahnya perniagaan secara ini adalah dalam perkara liabiliti yang dikenakan kepada ahli-ahlinya. Liabiliti mereka terhad kepada jumlah saham yang dibeli dan sekiranya syarikat itu mengalami kerugian dan perlu dibubarkan tiap-tiap ahli akan menanggung rugi sebanyak harga saham yang telah dibeli olehnya. Dari segi undang-undang yang berhutang ialah syarikat tersebut dan bukan ahli-ahlinya.

Liabiliti syarikat[sunting | sunting sumber]

Sebelum satu-satu kumpulan itu membuat keputusan untuk menubuhkan sesebuah Syarikat Sendirian Berhad, ada empat perkara yang perlu dipertimbangkan :-

Cukai kerajaan[sunting | sunting sumber]

Semua syarikat berhad dikenakan cukai keuntungan sebanyak 28% ke atas untung bersihnya.

Mesyuarat Agung[sunting | sunting sumber]

Mesyuarat Agung hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun dimana satu penyata kira-kira tahunan perniagaan yang telah diaudit oleh Juruaudit Syarikat, dibentang untuk mendapat kelulusan bersama-sama dengan laporan-laporan pengarah dan juruaudit.

Aspek pengurusan[sunting | sunting sumber]

Pengurusan Syarikat hendaklah mengikut kehendak Akta Syarikat 1965. Jika Pengarah-Pengarah serta kakitangan engkar menurut kehendak-kehendak Akta Syarikat kesemua mereka boleh didenda oleh Pendaftar Syarikat atau didakwa di Mahkamah.

Dokumen berkanun[sunting | sunting sumber]

Syarikat mestilah ada dokumen berkanun seperti berikut, Buku Daftar Pemegang Saham, Buku Daftar Pengarah, Pengurus, Setiausaha dan Cagaran, Buku Minit Mesyuarat, Cop Mohor, Buku Sijil Saham.

Dokumen ini hendaklah disimpan mengikut kehendak Akta Syarikat bersama dengan mohor Syarikat dan buku kira-kira. Semuanya mestilah diperolehi walaupun perniagaan tidak berjalan.

Pendaftaran[sunting | sunting sumber]

Pendaftaran Syarikat Sdn. Bhd. dijalankan oleh Pendaftar Syarikat (ROC), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tingkat 11 – 17, Putra Place, 100, Jalan Putra, Kuala Lumpur. Pendaftaran mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan dan dijalankan dalam tiga peringkat :–

Peringkat pertama[sunting | sunting sumber]

Permohonan mencari nama syarikat – bayaran-bayarannya RM30.00 bagi satu nama yang dipohon.

a)Dua naskhah buku Memorandum & Articles Of Association (Tataujud & Tataurusan Perbadanan) b)Borang 48A – Pengakuan Statutori tiap-tiap Pengarah Sebelum dilantik c)Borang 6 – Pengakuan Statutori tiap-tiap Pengarah Sebelum dilantik d)Bayaran pendaftaran syarikat adalah mengikut modal ibenarkan (Authorised Capital) syarikat.

Sijil Pertubuhan Perbadanan[sunting | sunting sumber]

Sijil Pertubuhan Perbadanan (Borang 9) akan dikeluarkan dalam masa satu minggu sekiranya kehendak-kehendak telah dipatuhi.

Perbelanjaan penubuhan syarikat[sunting | sunting sumber]

Perbelanjaan bagi menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad ini adalah lebih besar daripada syarikat biasa iaitu mengikut modal yang dibenarkan (authorised capital). Sekiranya modal yang dibenarkan ialah RM100,000.00 bayaran untuk mendaftarnya ialah RM1,000.00. Lebih besar modal yang dibenarkan, maka lebih banyaklah bayaran bagi mendaftarnya. Lain-lain perbelanjaan ialah belanja setem, atas dokumen-dokumen di atas sekurang-kurangnya RM220.00 lagi. Oleh yang demikian bagi menubuhkan sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai modal yang dibenarkan sebanyak RM100,000.00 perbelanjaannya adalah lebih kurang RM1,220.00.

Selain daripada perbelanjaan-perbelanjaan di atas ialah perbelanjaan untuk setiausaha syarikat bagi menyediakan dokumen-dokumen di atas yang mana bayarannya adalah lebih banyak dari bayaran pendaftaran syarikat.

Di bawah ini diturunkan kadar bayaran pendaftaran untuk syarikat sendirian berhad sepertimana yang telah ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965.

Laporan selepas penubuhan[sunting | sunting sumber]

Selepas penubuhan syarikat dikehendaki memfail tiga jenis laporan dengan Pejabat Pendaftar Syarikat. Laporan-laporan itu ialah, a)Borang 24- Saham Syarikat b)Borang 44- Kedudukan Pejabat Berdaftar Syarikat c)Borang 49 - Butir-butir berkaitan dengan Pengarah, Pengurus & Setiausaha

Peringatan[sunting | sunting sumber]

Patut juga diingatkan bahawa syarikat sendirian berhad tidak dibenarkan mengeluarkan iklan untuk mempelawa orang ramai membeli sahamnya. Penjualan saham hanya dibuat secara lisan iaitu kepada kenalan dan sahabat handai sahaja.

Memandang kepada perkara-perkara di atas, adalah dinasihatkan supaya syarikat sendirian berhad ini ditubuhkan hanya apabila ada satu-satu rancangan tertentu yang akan dikendalikan seperti untuk menambah modal atau bertujuan untuk memperluaskan perniagaan.

Kelebihan[sunting | sunting sumber]

  1. Liabiliti perniagaan adalah terhad kepada sumbangan modal sahaja.
  2. Kontuniti atau Syarikat terjamin – iaitu Syarikat tidak akan dibubar dengan kematian seseorang pemegang saham.
  3. Kemudahan untuk mendapat modal.
  4. Kemudahan dari segi penukaran hakmilik.
  5. Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh perundangan.
  6. Potensi untuk perkembangan luas.
  7. Pemilik saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan.

Kekurangan[sunting | sunting sumber]

  1. Rumit untuk diuruskan serta terikat dan tertakluk kepada Akta Syarikat.
  2. Cukai Pendapatan yang tinggi.
  3. Saham Syarikat tidak boleh dijualbeli melalui Pasaran Saham.

Syarikat awam berhad[sunting | sunting sumber]

Takrifan[sunting | sunting sumber]

Syarikat Awam Berhad juga adalah di bawah takluk Akta Syarikat 1965, dan mempunyai sifat-sifat yang sama. Sesebuah Syarikat Sendirian Berhad yang telah berjaya dan ingin menambahkan ahli-ahlinya iaitu lebih daripada 50 orang hendaklah mengubah bentuknya daripada syarikat sendirian berhad kepada syarikat (Awam) Berhad (Public Ltd. Company) Bilangan ahli Syarikat Berhad ini tidak terhad tetapi hendaklah sekurang-kurang tujuh orang.

Penjualan saham[sunting | sunting sumber]

Syarikat Berhad boleh memepelawa orang ramai membeli sahamnya. Tetapi sebelum berbuat demikian, satu panduan rancangan (prospectus) hendaklah disiapkan dan diluluskan oleh Pendaftar Syarikat dan disiarkan diakhbar-akhbar tempatan untuk menerangkan kepada orang ramai kedudukan sebenar syarikat tersebut dan menyebutkan rancangan-rancangan yang hendak dibuat serta anggaran pendapatan dan tahunan syarikat ini mestilah disiarkan di dalam panduan rancangan tersebut dan Pengarah-Pengarah yang berkenaan adalah bertanggungjawab atas segala butir-butir yang terkandung di dalam panduan rancangan itu. Pengarah-Pengarah, Pegawai-pegawai Syarikat dan lain-lain pihak yang berkenaan boleh didenda di Mahkamah jika panduan rancangan ini mengandungi butir-butir yang palsu.

Syarikat berhad yang kecil tidak perlu mengeluarkan Prospektus. Apa yang diperlukan ialah Statement in Lieu of Prospectus yang telah diluluskan oleh Pendaftar Syarikat.

Saham Syarikat Berhad ini juga boleh dijual-beli melalui pasaran saham (stock exchange) dengan syarat keahlian syarikat ini tidak terhad kepada mana-mana satu bangsa atau kaum. Sebelum itu Syarikat tersebut hendaklah mendaftar dirinya dengan Pasaran Saham tersebut dengan bayaran-bayaran tertentu.

Organisasi syarikat[sunting | sunting sumber]

Organisasi syarikat berhad adalah sama dengan syarikat Syarikat sendirian berhad iaitu ia mempunyai Lembaga Pengarah yang memegang teraju syarikat.

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Cara-cara menubuhkan syarikat dan bayaran penubuhan syarikat berhad adalah sama dengan syarikat sendirian berhad iaitu mengikut modal yang dibenarkan (authorised capital).

Walaupun demikian, adalah diingatkan bahawa kehendak-kehendak Akta Syarikat 1965 ke atas syarikat berhad adalah lebih rumit lagi daripada yang dikenakan ke atas syarikat sendirian berhad. Salah satu daripadanya ialah syarikat berhad dikehendaki memajukan imbangan kira-kira tahunannya yang diaudit bersama-sama dengan laporan tahunan pada tiap-tiap tahun. Mereka yang ingin menubuhkan syarikat ini adalah dinasihatkan supaya menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad terlebih dahulu dan sesudah syarikat itu berjalan dengan baik dan perlu menambahkan modalnya barulah mengubah bentuknya menjadi syarikat berhad.

Kelebihan[sunting | sunting sumber]

  1. Saham syarikat boleh dijual beli melalui Pasaran Saham.
  2. Syarikat boleh mempelawa orang ramai untuk membeli saham.
  3. Lebih mudah untuk mendapat pinjaman daripada Institusi-institusi Kewangan.

Kekurangan[sunting | sunting sumber]

  1. Bilangan ahli atau pemegang saham yang terlalu ramai.
  2. Sukar untuk mengekalkan suasana dan perhubungan yang rapat dan baik di antara pihak pengurusan dengan kakitangan dan juga di antara pemegang saham dan pengurusan.
  3. Lebih rumit untuk diuruskan dan kehendak-kehendak Akta Syarikat 1965 yang lebih ketat.
  4. Diperlukan memfail kepada Pendaftar Syarikat penyata kewangan yang beraudit bersama dengan laporan tahunan pada tiap-tiap tahun.
  5. Berbagai jenis cukai yang kena dibayar.

Syarikat Kerjasama Serbaguna Berhad (Koperasi)[sunting | sunting sumber]

Takrifan[sunting | sunting sumber]

Pembangunan Syarikat Kerjasama Berhad di Malaysia adalah di bawah kawalan Pendaftar Koperasi Malaysia. Jabatan Koperasi, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Sesuatu kumpulan bolehlah memohon kepada pihak Pendaftar Koperasi tersebut untuk mendaftarkan sesebuah syarikat kerjasama serbaguna berhad. Apabila ditubuhkan, koperasi ini akan mempunyai sifat-sifat yang sama seperti syarikat awam berhad.

Syarikat kerjasama adalah sesuai untuk satu golongan Masyarakat yang mempunyai pekerjaan dan keperluan yang sama seperti nelayan, petani, guru dan pekerja-pekerja kilang. Mereka ini tidak perlu modal besar tetapi yang utamanya ialah bilangan ramai iaitu lebih daripada 100 orang ahli. Ahli-ahli mengeluarkan modal dengan cara caruman pada tiap-tiap bulan atau pada tiap-tiap kali mereka menerima pendapatan.

Liabiliti[sunting | sunting sumber]

Liabiliti yang dikenakan keatas ahli-ahli adalah terhad kepada modal yang dilaburkan ke dalam syarikat. Sekiranya syarikat ini bankrap, ahli-ahli akan kehilangan modal yang dilaburkan itu. Mengikut prinsip kerjasama apa yang diutamakan ialah keperluan bersama di antara ahli-ahli syarikat tersebut. Misalnya nelayan-nelayan memerlukan air batu untuk menyimpan bekalan barang-barang dengan harta yang berpatutan. Oleh itu, mereka bolehlah menubuhkan syarikat kerjasama untuk keperluan mereka dan membuka keahliannya kepada semua pihak menjadi pelanggan di kedai di kawasan mereka.

Dividen dan keuntungan syarikat[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab perkara kepentingan bersama ini diutamakan maka di dalam undang-undang syarikat kerjasama lazimnya terdapatlah undang-undang bahawa pembahagian laba (dicidend) itu dihadkan tidak lebih daripada 10% pada tiap-tiap tahun. Sebaliknya keuntungan syarikat tersebut akan digunakan untuk kebajikan ahli-ahli dengan cara lain umpamanya dengan memberi biasiswa kepada anak ahli-ahli syarikat tersebut.

Liabiliti syarikat[sunting | sunting sumber]

Syarikat kerjasama dikecualikan daripada bayaran cukai jika syarikat tersebut mematuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh undang-undang ini adalah hak istimewa yang menjadikan syarikat kerjasama ini lebih menarik daripada syarikat awam atau syarikat sendirian berhad. Jadi bagi mereka yang tidak mempunyai banyak modal dan tidak berhadapan kepada pembahagian laba di dalam satu-satu perniagaan itu, syarikat kerjasamalah yang sesuai dimasuki.

Pendaftaran[sunting | sunting sumber]

Bayaran bagi mendaftarkan syarikat kerjasama ini adalah kecil. Bolehlah dikatakan bahawa perbelanjaannya banyak untuk bayaran mencetak undang-undang kecilnya (bye-law) sahaja.

Hak milik[sunting | sunting sumber]

Seseorang ahli syarikat kerjasama mempunyai satu undi sahaja di dalam mesyuarat agong syarikat tersebut. Walaupun ia mempunyai lebih banyak modal daripada yang lain-lainnya.

Ini adalah sangat berbeza dengan syarikat awam atau syarikat sendirian berhad kerana di dalam syarikat-syarikat ini, bilangan undi yang dipunyai oleh seseorang ahli tertakluk kepada bilangan saham yang dimilikinya.

Kelebihan[sunting | sunting sumber]

  1. Mudah untuk ditubuhkan
  2. Bayaran Pendaftaran yang kecil
  3. Liabiliti ahli-ahli terhad kepada modal yang dilaburkan
  4. Bergerak atas prinsip keperluan dan kebaikan serta kepentingan bersama
  5. Dikecualikan daripada bayaran cukai dengan syarat ia mematuhi perundangan yang telah ditentukan
  6. Modal yang diperlukan ialah secara caruman daripada ahli dengan itu mudah diperolehi

Kekurangan[sunting | sunting sumber]

  1. Pembahagian dividen dihadkan tidak lebih daripada 10% setahun
  2. Tiap-tiap ahli berhak untuk satu undi sahaja, tidak jumlah modal yang dilaburkan
  3. Hanya boleh ditubuhkan dengan bilangan ahli lebih 100 orang

Rujukan[sunting | sunting sumber]