Pengaturcaraan pengisytiharan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam sains komputer, pengaturcaraan pengisytiharan ialah paradigma pengturcaraan yang mengungkapkan logik bagi penghitungan tanpa perlu memerihalkan aliran kawalannya.[1] Banyak bahasa menggunakan gaya ini bagi mengurangkan atau menghilangkan kesan sampingan dengan memberitahu apa yang atur cara perlu sempurnakan, berbanding memberitahu bagaimana menyempurnakannya.[2] Ini berlawanan dengan pengaturcaraan imperatif yang memerlukan algoritma jelas disediakan.

Pengaturcaraan pengisytiharan sering menganggap atur cara sebagai teori bagi logik formal, dan perhitungan sebagai kesimpulan dalam ruang logik tadi. Paradigma ini telah menjadi tumpuan kerana ia mungkin dapat meringkaskan penulisan atur-atur cara selari.[3]

Bahasa pengisytiharan yang biasa termasuklah unkapan nalar, pengaturcaraan logik, dan pengaturcaraan kefungsian.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Lloyd, J.W., Practical Advantages of Declarative Programming 
  2. Declarative language dalam The Free On-line Dictionary of Computing, Editor Denis Howe.
  3. http://www.cse.unsw.edu.au/~pls/damp09/