Algoritma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Algoritma ialah tatacara langkah demi langkah dalam penyelesaian masalah dalam masa yang terhingga. Proses algoritma telah diasaskan oleh seorang tokoh matematik Islam yang dikenali sebagai Al-Khawarizmi. Oleh itu algoritma sesetengah negara, ia dikenali sebagai Alkhawarizmi.

Dalam sains komputer pula, algoritma ialah langkah-langkah dalam proses larian kod komputer yang mengkaji tahap keberkesanan kod program komputer. Usaha dalam kajian ini bertemakan "bagimanakah cara untuk menghasilkan langkah tersingkat dalam penyelesaian setiap masalah komputer yang diutarakan.

Ciri algoritma[sunting | sunting sumber]

  1. Mempunyai permulaan
  2. Mempunyai input (dalam sesetengah kes, tiada input) dan output
  3. Mempunyai proses
  4. Mempunyai penamat

Algoritma mesti memenuhi syarat-syaratnya. Jika syarat tidak dipenuhi, maka itu bukan algoritma.

Kepenggunaan algoritma[sunting | sunting sumber]

Algoritma banyak digunakan dalam bidang sains dan teknologi terutama dalam bidang sains komputer. Dalam sains komputer, algoritma digunakan sebelum proses pengaturcaraan C dimulakan. Melalui algoritma, pengaturcara dapat memastikan pengaturcaraan dikod dengan betul dan dapat digunakan.

Contoh algoritma[sunting | sunting sumber]

Penukaran unit meter kepada kilometer.

1) Mula
2) Input
2.1) Nilai dalam meter
3) Proses
3.1) Kilometer=meter/1000
4) Output
4.1) Nilai dalam kilometer
5) Tamat