Pengawal logik boleh atur cara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sistem PLC

Pengawal logik boleh atur cara (Bahasa Inggeris: programmable logic controller, PLC) ialah komputer digital yang digunakan untuk pengautomatan proses elektromekanik. Ia telah ditakrifkan oleh National Electrical Manufacturer Association U.S (NEMA) sebagai:-

“Suatu peralatan elektronik yang beroperasi secara digital dimana, ia menggunakan ingatan boleh-aturcara untuk menyimpan arahan di storan dalaman bagi melaksanakan fungsi-fungsi tertentu seperti logik, penjujukan, pemasaan, pembilang dan arimatik dengan cara mengawal menerusi modul/keluaran digital atau analog untuk berbagai jenis mesin atau proses”

Pengawal logik boleh atur cara beroperasi secara asas iaitu dengan memeriksa isyarat masukan dari suatu proses dan melaksanakan arahan logik (yang mana telah diaturcarakan di dalam ingatannya) pada isyarat masukan ini dan mengeluarkan isyarat keluaran untuk melaksanakan suatu proses yang lain.

Kelebihan PLC[sunting | sunting sumber]

  1. Membuat atau mengubahsuai sistem kawalan lebih mudah kerana tidak perlu mengubah sistem pendawaian, cuma perlu mengubah aturcara.
  2. Keboleharapan PLC adalah tinggi kerana ia menggunakan komponen elektronik yang tidak melibatkan pergerakan fizikal
  3. Penyelenggaraan PLC adalah mudah dan murah kerana ia menggunakan komponen elektronik dan ia mempunyai aturcara diagnostik sendiri. Ini akan mengurangkan masa mati.
  4. PLC boleh berantaramuka dengan PLC lain dan sistem komputer untuk memproses penukaran maklumat.
  5. Saiz PLC yang kecil menyebabkan ia hanya memerlukan ruang yang kecil dan sesuai diletakkan di mana-mana sahaja.
  6. PLC tahan lasak terhadap hingar elektrik, kelembapan yang tinggi dan persekitaran yang tidak selesa.