Pengawas sekolah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengawas merupakan pelajar-pelajar yang terpilih di sekolah oleh guru-guru kerana akhlak dan ketrampilan yang baik dan cemerlang, tetapi terdapat juga pelajar yang memikul jawatan ini secara sukarela. Selain itu, Pengawas juga dipilih daripada kalangan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik dan kokurikulum yang cemerlang.Namun pengawas sekolah akan mempunyai kelebihan iaitu akan memperoleh Merit yang lebih,Merit tersebut dapat membantu mereka untuk masuk ke mana-mana Universiti selepas SPM.

Pengawas di sesebuah sekolah lazimnya terdiri daripada:-

  • Pengawas Sekolah
  • Pengawas Pusat Sumber atau Pustakawan Sekolah
  • Pengawas Koperasi
  • Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
  • Pengawas SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks)

Terdapat juga Pengawas Surau dan Pengawas ICT (Briged Bestari) di sesetengah sekolah

Tugas dan Pakaian Seragam[sunting | sunting sumber]

Pengawas sekolah
Pakaian Seragam Pengawas Sekolah adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh setiap sekolah. Lazimnya, Seragam mereka baju berwarna biru muda berlengan panjang, bertali leher, berseluar panjang yang berwarna hitam atau biru gelap dan memakai vest / blazer. Bagi pelajar sekolah agama pula, selalunya berwarna putih dan bertali leher. Kasut pengawas pula berwarna Hitam dari jenis kanvas dan kulit. Senario pemakaian seragam Pengawas Sekolah adalah berbeza mengikut sesetengah sekolah.

Secara umumnya di Malaysia, pengawas sekolah sentiasa berperanan sebagai:

  • Ketua Pelajar
  • Membantu guru untuk mengawasi pelajar-pelajar

Pengawas Pusat Sumber
Turut digelar pustakawan bagi lelaki dan pustakawati bagi perempuan, yang juga dikenali sebagai singkatannya, PPS. Lazimnya, Pengawas Pusat Sumber memakai uniform yang berlainan seperti berbaju kuning / peach atau hijau muda, bertali leher, berseluar hitam, biru gelap / hijau gelap atau coklat dan Kasut Kanvas Hitam. Pemakaian mereka turut bergantung kepada pihak pengurusan sekolah. Selain itu, Pengawas Pusat Sumber di dalam sesetengah sekolah adalah terdiri daripada ahli-ahli persatuan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Tugas-Tugas Pengawas Pusat Sumber ialah:

  • Menyelia pusat sumber
  • Membantu guru penasihat
  • Menguruskan pinjaman buku-buku daripada pelajar sekolah

Pengawas Koperasi
Koperasi sekolah diwujudkan untuk menjual pelbagai jenis alat tulis, buku nota, buku latihan, buku-buku kerja yang tertentu, makanan, minuman dan pakaian sukan. Pengawas Koperasi diperlukan untuk menjual kegunaan tersebut. Lazimnya, Pengawas Koperasi akan memakai pakaian yang berbeza dari Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, PRS dan mereka akan memakai Kasut Kanvas Hitam seperti pelajar dan Pengawas lain. Cara pemakaian mereka juga ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah secara diri sendiri.

Tanggungjawab Pengawas Koperasi ialah:

  • Menyelia koperasi
  • Membantu guru penasihat untuk menyelesaikan hal-ehwal koperasi
  • Membekalkan perkhidmatan pembelian untuk pelajar sekolah
  • Mengelakkan kecurian barang atau wang berlaku di koperasi pada waktu bertugas

Pembimbing Rakan Sebaya
Pembimbing Rakan Sebaya akan memakai pakaian khas di kebanyakkan sekolah seperti Baju berwarna Ungu, Seluar Ungu dan Kasut Hitam. Untuk sesetengah sekolah, Mereka akan memakai seragam sekolah biasa dan memakai vest.

Tanggungjawab Pebimbing Rakan Sebaya ialah:

  • Sebagai rakan pembimbing

Pengawas SPBT

  • Membantu guru berkaitan pinjaman buku tekst

Panggilan Istimewa[sunting | sunting sumber]

Panggilan istimewa

Terdapat juga sesetengah sekolah yang menggantikan panggilan pengawas sekolah kepada nama istimewa misalnya seperti sebuah sekolah kluster kecemerlangan di Kelantan iaitu SMK KUBANG BEMBAN menggunakan gelaran MAHER atau (MAJLIS HAL EHWAL PELAJAR) untuk pengawas sekolah di Sekolah mereka.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Seragam sekolah di Malaysia