Pengguna:Aku dia & kamu/Suntingan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

IMPLAN KOKLEA[sunting | sunting sumber]

SEJARAH[sunting | sunting sumber]

Penemuan bahawa rangsangan elektrik dalam sistem auditori boleh mewujudkan satu persepsi bunyi telah berlaku sekitar tahun 1790.Rangsangan pertama saraf akustik dengan elektrod telah dilakukan pada tahun 1950 oleh Perancis-Algeria pakar bedah André Djourno dan Charles Eyriès. Mereka meletakkan wayar pada saraf yang terdedah semasa operasi, dan melaporkan bahawa pesakit mendengar bunyi seperti "roda rolet" dan "kriket" apabila arus telah digunakan.Pelbagai penambah baikkan telah dilakukan dari tahun 1950 higggalah pada 5 oktober 2005,seorang daripada tiga penerima telah menjalani pemedahan implan dengan menggunakan alatan Cochlear’s TIKI di Melbourne,Australia.

Masalah pendengaran boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Ia boleh berpunca daripada pelbagai faktor. Antara yang paling lazim adalah kongenital ( bayi dilahirkan dengan kecacatan ), jangkitan telinga tengah, meningitis, pendedahan kepada bunyi yang terlalu kuat dan faktor usia.Sekiranya hanya telinga tengah yang terjejas, tetapi tidak teruk, penggunaan alat bantu pendengaran untuk menguatkan bunyi sudah memadai. Bagaimanapun, jika kerosakan membabitkan keseluruhan telinga tengah atau berlaku kehilangan sel-sel rerambut di dalam koklea ( tetapi sarat auditori/saraf pendengaran masih berada dalam keadaan sempurna, implan koklea mungkin berupaya mengembalikan semula sebahagian daripada pendengaran.Hari ini, para pengguna alat prostetik itu mampu berkomunikasi secara normal tanpa perlu membaca pergerakan bibir atau menggunakan bahasa isyarat lagi. Malah, sesetengahnya boleh bercakap menggunakan telefon.Implan koklear atau telinga bionik, tidak mengembalikan pendengaran seperti manusia normal.Kebanyakan pesakit menggambarkannya sebagai bunyi yang mekanikal.Bagaimanapun, bersama masa dan amalan yang berterusan, otak akan melakukan penyesuaian terhadap bunyi-bunyi baru dan isyarat pentuturan. Menurut Ketua Pakar Audiologi, Pusat Perubatan Sunway, Mazwin Omar.Sejak mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) pada awal tahun 1980-an, sebanyak lebih 60,000 pemasangan implan koklear dilakukan diseluruh dunia. Sebahagian besar darinya terdiri daripada kanak-kanak yang pekak sejak dilahirkan, seawal usia 12 bulan dan paling tua berusia 93 tahun. Implan koklear juga berjaya dilakukan ke atas pesakit yang mempunyai masalah perubatan lain seperti cerebral palsi, diabetes, tekanan darah tinggi, tinitus, ketidakupayaan pembelajaran dan sebagainya.

BAHAGIAN IMPLAN KOKLEA[sunting | sunting sumber]

Pembedahan implan ini akan dilakukan di bawah kulit belakang telinga. Bahagian-bahagian asas alatan pembedahan termasuk:

Luar[sunting | sunting sumber]

  1. Mikrofon

Pemproses ucapan yang berfungsi untuk menapis ucapan yang didengar dan menghantar bunyi elektrik dengan memberikan isyarat melalui kabel yang nipis kepada pemancar.

  1. Pemancar

Merupakan satu lapisan magnetik yang diletakkan di belakang telinga luar, dan memancarkan isyarat-isyarat bunyi yang telah diproses oleh induksi elektromagnetik.

Komponen dalam Implan Koklea

Dalaman[sunting | sunting sumber]

Bahagian dalaman termasuk penerima dan elektrod. Penerima terletak di bawah kulit belakang telinga. Penerima mengambil isyarat elektrik yang berkod dari pemancar dan menyampaikan mereka ke array elektrod yang telah dimasukkan melalui pemedahan ke dalam koklea. Elektrod merangsang gentian saraf auditori, dan sensasi bunyi diterima.

JUMLAH PENGGUNA[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, di anggarkan setiap tahun lebih kurang 2500 bayi di lahirkan menghadapi masalah pendengaran dan purata berdasarkan perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia menganggarkan seramai 440 ribu orang atau dua peratus dari 22 juta rakyat Malaysia menghadapi malalah pendengaran. Dengan wujudnya pemindahan koklea ini, masalah pendengaran mereka dapat di atasi.

JENIS-JENIS MASALAH PENDENGARAN[sunting | sunting sumber]

Sebelum menjalani proses pemindahan koklea, seseorang itu perlu mengetahui jenis masalah pendengaran yang mereka hadapi. Masalah pendengaran boleh di bahagikan kepada dua kategori iaitu boleh di rawat dan tidak boleh di rawat. Jika pesakit menghadapi masalah pendengaran yang tidak boleh dirawat, penggunaan alat bantuan pendengaran adalah di perlukan. Tiga jenis masalah pendengaran tesebut ialah:

Jenis masalah Penerangan Contoh Masalah
1. Masalah pendengaran konduktif Terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar dan telinga tengah Ketiadaan lubang telinga(atresia, cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga(mikrotia/anotia), jangkitan kuman pada telinga atau gegendang telinga pecah.
2. Masalah pendengaran sensorineural Terdapat masalah atau jangkitan pada telinga dalam tempat di mana koklea dan saraf pendengaran berada Tiada rembesan nanah atau kecacatan fizikal
3. Masalah pendengaran campuran Terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran (campuran antara konduktif dan sensorineural Apa jua masalah di dalam dan di luar telinga

PENGGUNA IMPLAN KOKLEA[sunting | sunting sumber]

Pemindahan koklea sesuai di lakukan oleh semua peringkat usia termasuk kanak-kanak. Mereka yang menpunyai masalah pendengaran yang teruk amat di galakkan untuk menjalani pemindahan koklea bagi memulihkan kembali fungsi pendengaran mereka. Setiap peringkat usia mempunyai risiko dan tahap keberkesanan terhadap pemindahan koklea itu sendiri. Bagi pesakit yang berusia, risiko adalah bergantung kepada tahap kesihatan mereka. Berbeza pula bagi kanak-kanak yang ingin melakukan pemindahan koklea ini, mereka di galakkan menyegerakan proses pemindahan kerana ini akan membantu tahap tumbesaran sosial dan percakapan mereka.

KOS[sunting | sunting sumber]

Kos perbelanjaan untuk untuk melakukan pembedahan implan di Malaysia dianggarkan antara RM 60,000 hingga RM75,000. Namum bagi mereka yang kurang berkemampuan,Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan program Implan Koklea bagi membantu meringankan beban masyarakat yang menghadapi masalah pendengaran. Berdasarkan program tersebut, peruntukan untuk membeli implan koklea ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Namun selepas itu, kos membaiki jika mengalami kerosakan akan ditanggung oleh penerima.

KEBERKESANAN[sunting | sunting sumber]

Koklea implan tidak menyembuhkan pendengaran tetapi membantu pesakit untuk mendengar. Ia juga mampu memperbaiki tahap keyakinan, komunikasi, keyakinan,keselmatan pesakit . Terdapat 2 kebarangkalian selepas pembedahan koklea implan dilakukan iaitu:

  • Jika berjaya
    • Jika pembedahan tersebut berjaya, pesakit perlu menjalani terapi audiologi dan pertuturan yang kerap dan intensif

Minggu pertama : Jahitan luka akan dibuka Minggu ketiga : Pemasagan komponen luar implan koklea(switch on) akan dilakukan : luka jahitan akan sembuh sepenuhnya selepas itu : dalam tempoh ini, pesakit boleh kembali mendengar dan bertutur : bagi yang gagal,mereka mungkin sudah mengalami masalah pendengaran

  • Jika gagal
    • Terdapat kes dimana pesakit dijangkiti bakteria meningitis namun risikonya sangat kecil.
    • Menyebabkan cairan di tengah telinga,akibatnya koklea implan tersebut gagal untuk berfungsi sepenuhnya

KELEMAHAN & RISIKO[sunting | sunting sumber]

  1. Melemahkan otot muka & kes paling buruk akan menyebabkan lumpuh.
  2. Menyebabkan kerosakan bahagian telinga tengah & telinga dalam. Oleh itu ia memberi kesan kepada sistem vestibular iaitu mengganggu sistem yang menyumbang kepada keseimbangan dalam mamalia yang merupakan sumbangan utama kepada pergerakan dan rasa keseimbangan.
  3. Menyebabkan tinnitus, gangguan bunyi didalam telinga yang mungkin diakibatkan oleh kerosakan saraf, jangkitan telinga, tekanan oksidatif, kewujudan objek asing di dalam telinga & sebagainya.
  4. Kegagalan alat untuk berfungsi juga mungkin berlaku & mengganggu proses pendengaran.
  5. Risiko kepada meningitis iaitu keradangan pada membran yang disebabkan oleh jangkitan virus & bakteria.

FUNGSI IMPLAN KOKLEA[sunting | sunting sumber]

Koklea implan mempunyai beberapa fungsi yang dapat membantu pesakit yang mempunyai masalah pendengaran atau pekak. Ia juga sebuah alat elektronik kecil yang dapat membantu mereka yang kurang mendengar dan ia juga dikenali sebagai telinga bionik. Koklea implan ini dibahagikan kepada beberapa komponen seperti mikrofon,pemancar, penerima, prosessor, elektrode, dan perangsang isyarat. Koklea implan ini bekerja secara langsung dalam merangsang fungsi gentian saraf auditorius didalam koklea menggunakan medan elektrik.

  • Pertama sekali, mikrofon akan dipasang di belakang cuping telinga. Bunyi kemudian akan dihantar oleh mikrofon akan diproses untuk mengaktifkan elektrod. Ia menggunakan konsep FFT untuk dibahagikan kepada beberapa frekuensi yang berlainan.
  • Kemudian, bunyi yang telah diproses akan dihantar menggunakan radio frekuensi ke dalam bahagian dalaman implan. Radio frekuensi ini digunakan supaya tiada hubungan fizikal yang terlibat yang mana boleh memberi sebarang jangkitan serta penyakit kepada bahagian dalaman telinga. Pemancar ini dilekatkan kepada penerima menggunakan magnet yang ditekapkan di kulit pesakit.
  • Selepas itu, komponen penerima akan menerima arahan daripada prosesor percakapan yang menyaring bunyi terutamanya bunyi yang dapat didengar menggunakan magnet. Isyarat yang dihasilkan oleh prosesor ucapan dihantar kepada penerima dalaman,yang mana diambil oleh isyarat radio frekuensi dan dihantar bersama-sama elektrod dalam koklea. Penerima merupakan komputer yang boleh menukarkan bunyi yang telah diproses serta mengawal arus elektrik untuk dihantar kepada elektrod didalam koklea.
  • Eloktrod koklea diperbuat daripada sejenis platinum serta bahan yang mempunyai penebat yang tinggi. Ia menyambung alat dalaman penerima dan dimasukkan jauh ke dalam koklea. Kemudian isyarat-isyarat elektrik dihalakan kepada elektrod, seterusnya medan elektrik akan dijana dan merangsang gentian saraf auditori. Dari gentian saraf auditori,isyarat yang diterima akan dihantar terus kepada otak untuk diproses. Akhirnya, bunyi yang dihasilkan dapat didengar oleh pengguna.

Saraf auditori menetapkan tahap minimum dan maksimun output semasa bagi setiap elektrod yang dihantar isyarat elektrik berdasarkan laporan proses penyaringan. Gentian saraf auditori ini juga memilih strategi proses pertuturan yang sesuai serta program parameter untuk pengguna.

PEMBEKAL & PUSAT RAWATAN[sunting | sunting sumber]

Pembekal/Pusat Rawatan Alamat/Email/Laman Sesawang
The Hearing Solution Company Sdn Bhd info@thehearingsolutionco.com.my


Jensen Hearing Audiology Clinic www.jensenhearing.com


Tan Hearing Centre www.tanhearingcentre.netfirms.com
Meditama Healthcare (M) Sdn. Bhd khoonseng@meditama.com.my