Pengguna:CyberTroopers/Kotak pasir/Kotak pasir 4

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Biblio (Bahasa Greek : βιβλίον, "buku kecil") pada asalnya daripada perkataan Yunani purba iaitu βύβλος (búblos, "papyrus") yang bermaksud buku.

Biblioholisme[sunting | sunting sumber]

Biblioholisme adalah satu kecenderungan, kecanduan atau ketagihan yang unik terhadap bahan bacaan. Kecenderungan ini bukanlah sesuatu yang abnormal kerana ia juga boleh dipupuk dalam diri mana-mana individu. Individu yang mempunyai sikap biblioholisme dikatakan ada ciri-ciri berikut :

  1. Budaya membaca yang tinggi;
  2. Kecintaan luar biasa terhadap buku dan bahan bacaan;
  3. Membeli buku dan bahan bacaan yang luar biasa;
  4. Mempunyai koleksi buku atau perpustakaan peribadi;
  5. Tahu membezakan bahan bacaan bermutu dan yang sebaliknya;
  6. Unsur-unsur intelektualisme tergambar dalam dirinya seperti pemikiran, cara berfikir, kelancaran bahasa, wacana dan sebagainya;
  7. Meminati secara serius hal-hal yang berkaitan buku dan dunia perbukuan (misalnya, kisah-kisah yang berkaitan biblioholisme).


Golongan biblioholisme ini dinamai biblioholis.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Takrifan kamus biblio di Wikikamus