Pengguna:Infinity Expert/Neelam Kothari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Neelam Kothari Soni
Neelam Kothari Soni in 2012
Kelahiran (1969-11-09) 9 November 1969 (umur 54)
PekerjaanPelakon
Pereka Barang Kemas
Tahun aktif1984–2001
PasanganRishi Sethia (k. 2000)
Samir Soni (k. 2011)

Neelam Kothari Soni (lahir 9 November 1969) [1] adalah seorang pereka barang kemas dan pelakon India yang dikenali sebagai Neelam. Beliau membuat penampilan sulung dalam filem Jawaani (1984) di samping Karan Shah. Neelam kemudiannya berlakon bersama dengan Govinda dalam Love 86 (1986), Ilzaam (1986), Sindoor (1986), Khudgarz (1987), Hatya (1988), Farz Ki Jung (1989), Taaqatwar (1989) dan Do Qaidi (1989). Beliau bergandingan bersama Chunkey Pandey dalam filem Aag Hi Aag (1987), Paap Ki Duniya (1988), Khatron Ke Khiladi (1988), Billoo Badshah (1989), Ghar Ka Chiraag (1989) dan Mitti Aur Sona (1989).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Neelam Kothari dilahirkan di Hong Kong . Beliau berketurunan Gujerat - Iran.[2] Semasa kecil, beliau belajar bermain papan nada dan menari Balet Jaz. Keluarga beliau memiliki perniagaan membuat barang kemas tradisional, menghasilkan barang kemas mewah. Beliau mendapat pendidikan di Island School dan di situ beliau merupakan ahli Rutherford House. Setelah melalui zaman kanak-kanak di Hong Kong, keluarganya berpindah ke Bangkok. Neelam sedang bercuti di Mumbai ketika beliau didatangi oleh pengarah Ramesh Behl.[3] Beliau memutuskan untuk mencuba bidang lakonan dan menandatangani kontrak untuk filem <i id="mwOg">Jawaani</i> (1984) bersama Karan Shah, anak saudara Tina Munim.[4] Namun filem itu tidak berjaya secara komersial.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Persembahan Kothari dalam filem sulungnya mendapat perhatian dalam kalangan warga filem dan beliau mendapat banyak tawaran. Beliaukemudiannya menjadi terkenal pada tahun 1986 kerana peranannya dalam filem Ilzaam bersama dengan pelakon lelaki baru, Govinda . Beliau membuat gandingan popular bersama Govinda dan membintangi 14 filem bersamanya dan antara filem mereka ialah Love 86 (1986), Khudgarz (1987), Hatya (1988) dan Taaqatwar (1989). Beliau membintangi 5 filem popular bersama Chunkey Pandey, seperti Aag Hi Aag (1987), Paap Ki Duniya (1988), Khatron Ke Khiladi (1988), Mitti Aur Sona (1989) dan Ghar Ka Chiraag (1989). Beliau juga membintangi filem Bengali Badnaam (1990) bersama dengan Prosenjit Chatterjee .

Beliau juga mendapat perhatian kerana penampilannya dalam filem Kuch Kuch Hota Hai pada tahun 1998, memainkan watak sebagai VJ dan dalam drama keluarga ensembel 1999, Hum Saath Saath Hain dengan memainkan peranan pendukung. Filem terakhirnya ialah Kasam yang ditangguhkan pada tahun 2001, bersama dengan Chunky Pandey . [5]

Beliau baru-baru ini membintangi sebuah siri televisyen realiti Fabulous Lives of Bollywood Wives yang mula dilancarkan di Netflix pada tahun 2020.[6] [7]

Rekaan barang kemas[sunting | sunting sumber]

Walaupun meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan, beliau berminat dalam reka bentuk barang kemas dan terlibat dalam perniagaan keluarganya. Beliau mengikuti kursus formal dalam rekaan barang kemas[8] di Mumbai dan setelah berhenti seketika daripada bidang filem pada tahun 2001, beliau memulakan perniagaannya sendiri yang bernama Neelam Jewels. Pada tahun 2020, beliau kembali dalam filem dengan tampil dalam siri realiti yang disebut "Fabulous lives of bollywood wives." Neelam mungkin akan kembali dalam filem tidak lama lagi.[9] Beliau membuka bilik pameran di Mumbai pada tahun 2004.[10] Beliau kemudiannya melancarkan kedai brang kemasnya di Mumbai pada 25 Ogos 2011 dengan nama Neelam Kothari Fine Jewels.

Karya lain[sunting | sunting sumber]

Neelam tampil dalam video muzik Hot Hot Hot Bina Mistry,[11] lagu yang merupakan sebahagian daripada kompilasi tarian popular dalam keluaran BMG 1995, yang berjudul Channel [V] Hits: The Ultimate Dance Collection. Lagu ini menjadi popular ketika ditampilkan sebagai sebahagian daripada runut bunyi bagi Bend It Like Beckham (2002).

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Neelam Kothari bersama suami Samir Soni pada tahun 2012

Pada bulan Oktober 2000, Neelam mengahwini Rishi Sethia, anak seorang ahli perniagaan dari UK.[12] Mereka bercerai tidak lama kemudian.[13] Selepas hubungan singkat dengan pelakon Samir Soni,[14] beliau berkahwin dengannya pada tahun 2011.[15] Setelah 2 tahun berkahwin, pada tahun 2013, mereka mengambil anak angkat perempuan dan menamakannya Ahana.[16]

Pada tahun 1998, Neelam didakwa dengan Akta Hidupan Liar dan IPC kerana memburu dua antelop di Kankani semasa penggambaran Hum Saath Saath Hain, bersama bintang gandingannya Salman Khan, Saif Ali Khan, Sonali Bendre dan Tabu. Beliau dibebaskan oleh mahkamah CJM di Jodhpur pada 5 April 2018. [17]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Year Title Role Notes
1984 Jawaani Sanam
1986 Ilzaam Aarti
Andaz Pyar Ka
Love 86 Esha
1987 Aag Hi Aag Aarti
Khudgarz Jyoti
1988 Taaqatwar Bijli
Hatya Sapna
Waqt Ki Awaz Dancer, Singer
Ghar Mein Ram Gali Mein Shyam Jaya
Khatron Ke Khiladi Sunita
Paap Ki Duniya Aarti
Sindoor Lalita Kapoor
1989 Gharana Lalita
Do Qaidi Neelu
Ghar Ka Chiraag Kiran
Hum Bhi Insaan Hain Rekha
Mitti Aur Sona Anupama
1990 Vishnu Devaa
Mandira Bengali film
Badnam Kajol Bengali film
Shankara Seema
Doodh Ka Karz Reshma
Upkar Dhoodhache Reshma Marathi film
Chor Pe Mor Ritu
Amiri Garibi Jyoti
Agneepath Siksha Chavan
Zakham Aarti
Billoo Badshah Jyoti
Farz Ki Jung Kavita
Dost Garibon Ka Rekha
1991 Kasak Divya
Meet Mere Man Ke
Ranbhoomi Neelam
Indrajeet Neelam
Afsana Pyaar Ka Nikita
1992 Ek Ladka Ek Ladki Renu / Rani
Khule-Aam Priya
Sahebzaade Chinar
Laat Saab Anju / Mona
1993 Parampara Sapna
1995 Santaan Asha
Antim Nyay Rekha
1996 Ek Tha Raja Shilpa
Sauda Jyoti
Aadithya Kannada film
1997 Mohabbat Aur Jung Priya
1998 Kuch Kuch Hota Hai VJ Neelam Special appearance
1999 Hum Saath-Saath Hain: We Stand United Sangeeta
2000 Pattar Aur Payal
2001 Kasam Bindiya
2020 Fabulous Lives of Bollywood Wives Herself Reality series

Rujukan[sunting | sunting sumber]

 

Pautan luaran[sunting | sunting sumber]

[[Kategori:Kelahiran 1969]] [[Kategori:Orang Hong Kong]] [[Kategori:Orang hidup]] [[Kategori:Orang Gujarati]] [[Kategori:Pereka India abad ke-21]] [[Kategori:Pelakon filem India]] [[Kategori:Artis dari Mumbai]] [[Kategori:Orang India keturunan Iran]]

  1. ^ Dhar, Pooja (9 November 2020). "Neelam Kothari's birthday: A list of the actor's 10 most popular Bollywood movies". Republic World (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-04-02.
  2. ^ Tahseen, Ismat (10 January 2011). "Neelam Kothari and Samir Soni get candid about their upcoming wedding". DNA India.
  3. ^ "NRI beauties making it big in Bollywood". window2india.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 January 2009. Dicapai pada 9 December 2008.
  4. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 22 October 2008. Dicapai pada 29 June 2010.CS1 maint: archived copy as title (link)
  5. ^ "We had loads to sort out before marriage: Neelam". The Times of India.
  6. ^ "Fabulous Lives of Bollywood Wives review: All bark no bite, this desi Netflix show fails to get even trash TV right". Hindustan Times (dalam bahasa Inggeris). 2020-11-28. Dicapai pada 2021-03-05.
  7. ^ Bureau, ABP News (2021-03-03). "'Fabulous Lives of Bollywood Wives' To Return With Second Season On Netflix, Fans Wish To See SRK-Gauri Again On Show". ABP Live (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-05.
  8. ^ "Top 15 Jewellery Designers In India You Must Know". Jewellery Craze (dalam bahasa Inggeris). 11 July 2017. Dicapai pada 27 December 2018.
  9. ^ "Gulfnews: The many faces of Neelam Kothari". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 October 2008. Dicapai pada 9 December 2008.
  10. ^ "Spotlight - Neelam Jewels". verveonline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 March 2009.
  11. ^ Pal, Dharam (January 9, 1999). "On path to super success". The Tribune. Dicapai pada 3 August 2017.
  12. ^ Vetticad, Anna M M (November 6, 2000). "Actor Neelam Kothari and beau Rishi Sethia get married in Bangkok". India Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 May 2018.
  13. ^ "Neelam Kothari splits with beau". www.hindustantimes.com (dalam bahasa Inggeris). 6 November 2009. Dicapai pada 17 May 2018.
  14. ^ Khera, Japleen (2020-11-26). "Neelam Kothari and Samir Soni: Marriage, Family, Kids, How Did They Meet?". The Cinemaholic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-04-02.
  15. ^ "Samir Soni weds Neelam". Rediff. 24 January 2011.
  16. ^ Maheshwri, Neha (2 September 2013). "Neelam and Samir Soni adopt a baby girl". The Times of India. Dicapai pada 17 April 2016.
  17. ^ "Blackbuck case: Jodhpur HC adjourns hearing against Saif, Sonali, Tabu, Neelam after issuing fresh notice in May" – melalui The Economic Times.