Pengguna:Izhardpa/Kotak pasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

SEJARAH AWAL KAMPUNG

Kampung Melayu Niyor adalah sebuah kampung yang telah dibuka pada tahun 1960 an. Sebelum itu penduduk asal kampung tinggal berselerak di kawasan kebun getah yang dinamakan Kampung Degong. Semasa darurat penduduk di kampung berkenaan dikumpulkan bersama-sama penduduk ladang dan kaum Cina bagi mengelakkan hubungan dengan Komunis dan mengawal keselamatan dengan dikenakan perintah berkurung pada waktu malam dan kawalan terhad pada waktu siang. Mereka dikumpulkan di Ladang CEP Niyor.

Selepas ancaman komunis dapat di kawal penduduk telah membuat permohonan membuka perkampungan yang baru. Kerajaan telah meluluskan penempatan baru di satu kawasan berhampiran stesen keretapi seluas 10 ekar untuk dijadikan tanah lot perumahan dan dinamakan sebagai Kampung Melayu Niyor. Nama Niyor diambil bersempena terdapatnya banyak pokok nyior di kawasan kampung ini. Ketua kampung yang pertama adalah Tn. Hj Shawal bin Ahmad. Beliau berkhidmat sebagai ketua kampung yang pertama hingga 30 April 2004. Ketua kampung kedua ialah Tn, Hj Shoparwe bin Marto yang bertugas mulai 1 Disember 2004 sehingga 25 Oktober 2015, Kini Kg Melayu Niyor dipimpin oleh Hj.Nordin bin Miskam yang memulakan tugas mulai 13 April 2016 merupakan Ketua Kampung yang ketiga. Terdapat satu peristiwa yang bersejarah semasa zaman komunis di kampung ini dimana pihak komunis telah membakar balai polis yang terdapat di kawasan ini.

VISI

Menjadikan Kampung Melayu Niyor Maju, Makmur, Selamat dan Ceria menjelang 2020

MISI

Memperkembangkan potensi penduduk kampung ke arah kecemerlangan diri, keluarga dan masyarakat

OBJEKTIF

Mengekalkan kepimpinan kampung dan bermufakat

Meningkatkan ekonomi masyarakat kampung

Menjadikan kampung bersih dan ceria

Mengekalkan kebudayaan dan kesenian yang diwarisi masyarakat

MATLAMAT

Memantapkan kepimpinan masyarakat kampung.

Menjadikan penggerak ke arah kecemerlangan penduduk.

Sebagai nadi transformasi masyarakat ke arah kehidupan yang lebih baik

PRASARANA DAN KEMUDAHAN ASAS KAMPUNG

Jalan kampung bertar

Bekalan elektrik

Telefon rumah dan awam

Sebuah masjid

Sebuah Balairaya

Kompleks Penghulu

Sebuah Pondok Polis

Kelas Bina Insan

Dua Gelanggan Badminton

4 Pintu kedai JKKK

Sekolah Rendah Kebangsaan

Sekolah Agama

Medan Info Desa / Mini RTC

INFO PENDUDUK

Jumlah: 372

Jantina: Lelaki = 184 Perempuan = 188

PEMULIHARAAN WARISAN

Pasukan Kompang Niyor

Persatuan Silat Belia Murni Niyor

Pasukan Zapin Belia Kampung