Pengguna:Mutiara megat/Kotak pasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bertungkuk : Nu Keduar Mai Pai Bepantag Mai Hik (Bertungku Untuk Ibu Berpantang Orang Asli Semai) 2022 ditulis oleh Nora a/p Titoi diterbit oleh PACOS TRUST.

Plot[sunting | sunting sumber]

Pengetahuan ilmu mengenai tradisi lisan amalan bertungku dalam kalangan masyarakat Orang Asli Etnik Semai di negeri Perak serta cara berpantang untuk ibu bersalin. Menurut sumber, amalan bertungku adalah pengetahuan tradisi turun temurun Orang Asli Semai pada masa dahulu. Amalan bertungku ini penting bagi menjaga kesihatan dalaman sekali gus melancarkan perjalanan darah dan mempercepatkan pengecutan rahim kepada wanita selepas bersalin atau wanita yang mengalami keguguran. Amalan ini menjamin keselamatan ibu kerana menggunakan bahan-bahan semula jadi dan membawa kebaikan kepada pengguna dan juga menjadi sumber rujukan kepada wanita orang asli etnik Semai.

Peralatan Bertungku Etnik Semai

  • Gesug Tew (Batu Sungai)
  • Selak Selbog (Daun Selebog)/Lagenandra toxicaria
  • Abad Batik/ Tenilup (kain sarung)

Cara-cara penyedian

  • Pegeh os (nyalakan api)
  • Jop gesung lei beket (bakar batu atas api)
  • Goj selegik selak ha ceop gesung beket (buang urat daun selbog untuk membalut batu panas)
  • Ceop gesung beket ru memerip helei selak selbog peraknek-nanek loi pek law gesug (balut batu tadi dengan beberap helai daun selbog selang seli sehingga menutupi batu panas)
  • Ceop geung ru abad tenilup (Bungkus balutan batu tadi dengan kain sarung)
  • Dek tungku ku kemil ket ru wog ku kedur pai naiperyos (kemudian tungku diletakkan atas perut wanita yang baru bersalin)
  • Tuam tungku ikenirak 30 saat (Tungku tersebut boleh digerakkan sekitar bahagian perut selama 30 saat mengikut keselesaan)
  • Beh nar kali nujis ikelem ru iyah (amalkan 2 kali sehari siang dan malam)

Lampiran

https://youtu.be/kPC6OAv1UAk?si=wJE8dyQZwHs4Kgkx

Amalan Berpantang
Amalan Bertungku Orang Asli Semai Malaysia



Amalan bertungkut[sunting | sunting sumber]

Mohon diterbit