Pengguna:PERSATUAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA MALAYSIA/Kotak pasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

PENGENALAN

Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA MALAYSIA dalam bahasa Inggerisnya disebut BUMIPUTERA CONTRACTORS ASSOCIATION OF MALAYSIA dan nama ringkasnya PKBM. Ditubuhkan pada 31hb Disember 2018 dengan pendaftaran sementara PPM-032-14-31122018. PKBM beroperasi di Suite 9-4, Level 9, West Wing Menara Matrade,Jalan Sultan Ahmad Shah, Kuala Lumpur.

OBJEKTIF

Untuk mewujudkan dan membangunkan masyarakat Bumiputera ke arah menjadikan kontraktor yang berdaya maju, berinovasi, kreatif dan tahan daya saing demi mendokong cita-cita negara ke arah merealisasikan wawasan kepimpinan negara disamping menyumbang kepada kekuatan ekonomi kaum Bumiputera.

LATAR BELAKANG

Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia atau PKBM adalah sebuah persatuan yang baru ditubuhkan untuk menjadi payung bagi menaungi seluruh kontraktor Bumiputera yang ada di negara ini. Semua Kontraktor Bumiputera, daripada kelas G1 hingga G7 yang keseluruhannya berjumlah lebih 40 ribu adalah layak menjadi ahli persatuan ini, termasuk mereka di Sabah dan Sarawak. Maka, atas dasar itulah PKBM ini diwujudkan agar golongan kontraktor Bumiputera tidak terus terpinggir daripada arus pembangunan yang dibawa oleh kerajaan.