Pengguna:Penghulu Mohd Muzammir Bin Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Beliau dilahirkan di Hospital Besar Johor Bahru pada 24 Disember 1984 dan menetap di Jalan Bukit Bahagia, Kampung Pok dalam mukim Tanjung Kupang. Beliau merupakan seorang penghulu lantikan Kerajaan Negeri Johor, Mula berkhidmat pada tahun 2016 di Pejabat Daerah Muar sebagai pentadbir mukim Sri Menanti sehingga tahun 2020 dan seterusnya bertukar ke mukim Jorak / Panchor dan terakhir di mukim Jorak / Pagoh. Beliau merupakan pengasas dan pengerusi bagi Koperasi Pembangunan Dan Ekonomi Mukim Panchor Muar Berhad yang ditubuhkan pada 24 Mac 2022 bersama jawatankuasa mukim yang bertujuan untuk meningkatkan pembangunan dan ekonomi penduduk setempat. Pencapaian dalam kerjaya beliau adalah membantu pentadbiran mukim melaksanakan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dimana telah memberi impak besar pada penduduk mukim terutamanya pengusaha industri kecil sederhana dalam peningkatan pendapatan isi rumah. Beliau adalah pelajar lulusan Diploma Pengurusan Bank (Perbankan islam) dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian)(Kewangan) dari Universiti Teknologi MARA serta Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) pengkhususan Sains Servis, Pengurusan dan Kejuruteraan dari Universiti Sains Malaysia. Beliau mempunyai keahlian profesional dari Chartered Management Institute UK, Institut Pengurusan Malaysia, Institut Juruaudit-Juruaudit Dalaman Malaysia, Asian Institute of Chartered Bankers Malaysia, The Malaysian Society for Occupational Safety & Health dan lain-lain.