Pengguna:Seketulawan/Kotak pasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Awan Wafdan merupakan penulis Malaysia yang baru sahaja mula menempah nama dalam arena penulisan Malaysia. Beliau lebih fokus kepada penulisan karya fiksyen fantasi. Karya terkini beliau bertajuk Hikayat Adiwangsa yang akan diterbitkan oleh imprin The Patriots iaitu Mahakarya.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Awan Wafdan atau nama sebenarnya, Ahmad Rasul Bin Habirun merupakan anak jati Semporna, Sabah. Beliau telah mendapat pendidikan di SK Sulabayan, SMK Kabogan, Semporna dan SMK SANZAC, Kota Kinabalu. Setelah tamat SPM, beliau menyambung pendidikan ke peringkat STPM di SMK Bugaya, Semporna. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sejarah dan Pengajian Bahasa Melayu (Pendidikan) dari Universiti Sains Malaysia. Beliau boleh dihubungi di media sosial melalui @seketulawan.

Sejarah Penulisan[sunting | sunting sumber]

Awan Wafdan memulakan penulisan secara serius melalui Facebook Fiksyen Shasha dan Arkib Angker Negara. Kemudian, beliau mula menyiapkan manuskrip beliau untuk penerbitan.

Awan Wafdan juga aktif berkongsi cerita-cerita mitologi Melayu dan sejarah di Twitternya.

Karya[sunting | sunting sumber]

  • Hikayat Adiwangsa

Pencapaian dan Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Penghias kulit hadapan Majalah Tunas Cipta DBP keluaran Oktober 2021.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Tunas Cipta DBP Oktober 2021 [1]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Twitter Awan Wafdan [2]