Pengujikajian manusia Nazi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pengujikajian manusia Nazi ialah siri uji kaji perubatan yang dilakukan terhadap sebilangan besar orang tahanan, kebanyakannya orang Yahudi dari seluruh Eropah, dan juga orang Roma, tawanan perang Soviet dan orang kurang upaya yang bukan berbangsa Yahudi, oleh Jerman. Pengujikajian ini dilakukan di dalam kem-kem tahanan Nazi, kebanyakannya pada awal tahun 1940-an dan semasa berlakunya Holokaus.

Para tahanan dipaksa melibatkan diri; mereka tidak menyertai program secara sukarela dan tidak ada izin maklum. Secara tipikalnya, uji kaji berkesudahan dengan kematian, kecacatan atau ketakdayaan berkekalan, dan oleh sebab itu dianggap sebagai penyiksaan perubatan.


Ciptakan templat Tunas-Jerman Nazi
 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.