Pengurusan Bertakwa Memakmurkan Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Buku / Novel
Pengurusan Bertakwa Memakmurkan Syarikat
Siri Pertama
Pengarang Asal Ab. Azizi Yusof
Penterjemah Tidak diketahui
ISBN ISBN 978-967-5311-20-8
Kod Buku
Saiz
Genre Tidak diketahui
Terbitan Percetakan Universiti Utara Malaysia
Negara Tidak diketahui
Bahasa Bahasa Melayu
Tahun Keluaran 2010
Bilangan Muka Surat 379
Harga 64 (2010 )

Buku Pengurusan Bertakwa Memakmurkan Syarikat ditulis oleh Ab. Azizi Yusof dan diterbitkan pada tahun 2010 pada harga RM64.00. Ia diterbitkan oleh Universiti Utara Malaysia Press dengan nombor ISBN 978-967-5311-20-8, cetakan setebal 379 halaman. Buku ini dicetak dalam Bahasa Melayu.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Buku Pengurusan Bertakwa Memakmurkan Syarikat merupakan satu buku mengenai pengurusan menurut garis panduan Islam. Sebagai makhluk ciptaan Allah S.W.T, manusia telah diamanahkan untuk memanfaat, mengurus, mentadbir dan membangun segala sumber yang telah dikurniakan-Nya dengan sebaik dan seamanah yang mungkin. Setiap aktiviti pembangunan yang dijana hendaklah mengikut syariat yang telah ditetapkan. Dalam konteks memakmurkan syarikat mereka perlu memenuhi tuntutan hubungan dengan Allah (hablumminallah) secara menegak dan pada masa yang sama memenuhi tuntutan hubungan sesama manusia (hablumminnas) dan makhluk-makhluk lain (hablumminalalamin) secara mendatar. Mereka perlu melaksanakan suruhan Allah S.W.T dan mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang-Nya.

Tanggungjawab ini hanya mampu dipikul oleh individu yang berusaha dengan penuh istiqamah untuk mencari kejayaan di dunia dan juga kejayaan di akhirat. Dalam konteks penulisan ini, individu tersebut ialah pengurus kepada sesebuah syarikat (mudir as-syarikat) yang akan diistilahkan sebagai Pengurus Bertakwa (Mudir Muttaqi). Pengurus Bertakwa sudah tentu akan melihat peranan mereka dari dwidimensi.

Dimensi pertama, meletakkan peranan mereka sebagai seorang khalifah. Manakala dimensi kedua, meletakkan diri mereka sebagai seorang hamba. Sebagai seorang khalifah, mereka telah diamanahkan untuk mengurus dan membangunkan alam sejagat dan segala sumber yang ada di dalamnya. Manakala sebagai seorang hamba, mereka perlu tunduk dan patuh kepada segala arahan, larangan dan suruhan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]