Pensyarah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pensyarah adalah (1) orang yang memberikan syarahan (ceramah), yang juga dipanggil penceramah; atau (2) guru di universiti, iaitu orang yang memberikan kuliah.[1]


Penolong pensyarah[sunting | sunting sumber]

Istilah bahasa Inggeris yang setara dengan penolong pensyarah ialah assistant lecturer.[2]


Pensyarah kanan[sunting | sunting sumber]

Pensyarah kanan merupakan istilah bahasa Melayu yang setara dengan istilah bahasa Inggeris, senior lecturer.[3][4]


Penolong profesor[sunting | sunting sumber]

Penolong profesor merupakan pensyarah yang tarafnya setingkat di bawah profesor madya di universiti.[5]


Profesor madya[sunting | sunting sumber]

Profesor madya merupakan pensyarah yang tarafnya di bawah profesor di universiti.[6] Istilah bahasa Inggeris yang setara ialah associate professor.[7]


Profesor[sunting | sunting sumber]

Profesor merupakan tenaga akademik yang paling tinggi taraf jawatannya, biasanya mengetuai sesebuah jabatan pengajian di universiti atau pusat pengajian tinggi.[8] Istilah bahasa Inggeris yang setara ialah professor[9] (perhatikan perbezaan ejaan). Profesor digelar juga sebagai mahaguru.[10]


Profesor emeritus[sunting | sunting sumber]

Profesor emeritus merupakan gelaran kepada profesor yang telah bersara sebagai suatu penghormatan.[11] Istilah bahasa Inggeris yang setara ialah professor emeritus.[12]


Profesor diraja[sunting | sunting sumber]

Profesor diraja merupakan gelaran tertinggi yang dianugerahkan kepada seseorang profesor oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong.[13]


Profesor pelawat[sunting | sunting sumber]

Profesor pelawat merupakan profesor yang diundang mengajar dan sebagainya di universiti lain (biasanya di luar negara) untuk suatu tempoh masa tertentu.[14] Istilah bahasa Inggeris yang setara ialah visiting professor.[15]


Profesor adjung[sunting | sunting sumber]

Profesor adjung merupakan gelaran kehormat kepada profesional, tokoh korporat dan sebagainya yang mempunyai kepakar­an dan berpengalaman luas dalam sesuatu bidang, yang dilantik sebagai tenaga pengajar sambilan di institusi pengajian tinggi.[16][17]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "pensyarah - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. 3 Februari 2012. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pensyarah+kamus+dewan+edisi+empat. Capaian 4 Januari 2013. 
  2. "penolong pensyarah - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia (Bidang: Pentadbiran Perniagaan). Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penolong+pensyarah+Pentadbiran. Capaian 3 Januari 2013. 
  3. "pensyarah kanan - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia (Bidang: Pentadbiran Perniagaan). Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pensyarah+kanan+pentadbiran. Capaian 3 Januari 2013. 
  4. "pensyarah kanan - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Khidmat Nasihat (Jenis soalan: Penyemakan dan penterjemahan). Dewan Bahasa dan Pustaka. 3 Februari 2012. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pensyarah+kanan&d=10. Capaian 3 Januari 2013. 
  5. "penolong profesor - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penolong+profesor+kamus+dewan+edisi+empat. Capaian 3 Januari 2013. 
  6. "profesor madya - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=profesor+madya+kamus+dewan+edisi+empat. Capaian 3 Januari 2013. 
  7. "profesor madya - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia (Bidang: Pendidikan). Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=profesor+madya+kamus+dewan+edisi+empat. Capaian 3 Januari 2013. 
  8. "profesor - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=profesor+kamus+dewan+edisi+empat. Capaian 3 Januari 2013. 
  9. "profesor - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia (Bidang: Pendidikan). Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=profesor+kamus+dewan+edisi+empat. Capaian 3 Januari 2013. 
  10. "mahaguru - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=mahaguru+kamus+dewan+edisi+empat. Capaian 4 Januari 2013. 
  11. "profesor emeritus - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=profesor+emeritus+kamus+dewan+edisi+empat. Capaian 3 Januari 2013. 
  12. "profesor emeritus - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=profesor+emeritus+inggeris+melayu. Capaian 4 Januari 2013. 
  13. "profesor diraja - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=profesor+diraja+kamus+dewan+edisi+empat. Capaian 4 Januari 2013. 
  14. "profesor pelawat - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=profesor+pelawat+kamus+dewan+edisi+empat. Capaian 4 Januari 2013. 
  15. "profesor pelawat - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Istilah Malaysia (Bidang: Pendidikan). Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=profesor+pelawat+pendidikan. Capaian 4 Januari 2013. 
  16. "profesor adjung - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Empat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=profesor+adjung+kamus+dewan+edisi+empat. Capaian 4 Januari 2013. 
  17. "profesor adjung - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Khidmat Nasihat (Jenis soalan: Tatabahasa). Dewan Bahasa dan Pustaka. 9 September 2007. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=profesor+adjung&d=10. Capaian 4 Januari 2013. 


Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.