Pentadbiran Najaf
| Kegabenoran Najaf Bahasa Arab: النجف |
|
|---|---|
| — Kegabenoran — | |
| Koordinat: 31°7′U 43°48′T / 31.117°U 43.8°T | |
| Negara | |
| Ibu kota | Najaf |
| Kawasan | |
| • Jumlah | 28,824 km2 (11,129 sq mi) |
| Populasi (2003) | |
| • Jumlah | 930,000 |
| Bahasa utama | Bahasa Arab |
Pentadbiran Najaf (Arab: النجف, An-Najaf) merupakan sebuah kawasan pentadbiran di Iraq. Kawasan ini terletak di bahagian barat daya di negara itu berdekatan perbatasan Arab Saudi. Kawasan ini memiliki keluasan 28,824 km² dengan memiliki jumlah penduduk 931,600 orang pada tahun (2003). Sebelum 1976, ia merupakan sebahagian Provinsi Diwaniya yang juga merangkumi Kegabenoran Al Muthanna dan Kegabenoran Al-Qādisiyyah kini. Pada 20 Disember 2006, Kegabenoran Najaf menjadi kegabenoran yang ketiga di Iraq yang diserahkan oleh pasukan tentera campuran yang diketuai oleh Amerika Syarikat kepada kawalan Iraq.[1][2]
Ibu kotanya ialah Najaf. Bandar utama lainnya ialah Al Kufah. Kedua-dua bandar raya ini merupakan kota suci kepada orang Syiah yang merupakan sebahagian besar penduduknya.
Rujukan [sunting]
- ↑ BBC News:Najaf handed to Iraqis' control
- ↑ United States Department of Defense: Iraq Officials Assume Control in An Najaf
|
|||||||||||
