Penyakit pernafasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penyakit Pernafasan
Pengelasan dan sumber luaran
Mikrograf paru-paru beremfisema; emfisema merupakan penyakit pernafasan yang sering dikaitkan dengan amalan merokok. Kesan H&E.
ICD-10J00-J99
ICD-9460-519
MeSHD012140
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Penyakit pernafasan atau penyakit resporatori ialah istilah perubatan yang merangkumi keadaan patologi yang menjejaskan organ dan tisu yang membolehkan pertukaran gas dalam organisme yang lebih tinggi, termasuk keadaan-keadaan pada trakus pernafasan atas, trakea, bronkus, bronkiol, alveolus, pleura dan rongga pleura, serta saraf dan otot pernafasan. Penyakit pernafasan terdiri daripada yang ringan dan terhad seperti selesema, kepada yang mengancam nyawa seperti pneumonia bakteria, embolisme paru-paru, dan barah paru-paru.

Bidang pengkajian penyakit pernafasan dikenali sebagai pulmonologi. Doktor yang berkepakaran dalam penyakit pernafasan dikenali sebagai ahli pulmonologi, pakar perubatan dada, pakar perubatan pernafasan, ahli respirologi atau pakar perubatan toraks.

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Penyakit pernafasan boleh dikelaskan dengan pelbagai cara, termasuk mengikut organ atau tisu yang terlibat, jenis dan pola tanda-tanda dan simptom yang berkenaan, ataupun punca penyakit (etiologi).

Penyakit paru-paru keradangan[sunting | sunting sumber]

Characterised by a high neutrophil count, e.g. asthma, cystic fibrosis, emphysema, chronic obstructive pulmonary disorder or acute respiratory distress syndrome.[1]

Tindak balas alahan akibat dedahan pada agen tertentu (contoh makanan) adalah punca agak biasa bagi penyakit pernafasan akut. Sesetengah contoh biasa termasuk makanan laut - udang, ikan berlemak, raddish, arrow root, bendi, lemon, dal kacang hijau, kacang, water content spinach, curd, pisang, anggur, buah delima, beri, kastad epal, ais kerim, dsb. Pada musim panas, keadaan cuaca buruk bererti keadaan berdebu dan berpasir sementara musim sejuk turut memberi kesan.

Penyakit paru-paru sumbatan[sunting | sunting sumber]

Penyakit paru-paru sumbatan merupakan penyakit di mana laluan udara (contoh. bronchi,bronchioles, alveoli) mengalami keadaan isipadu merosot atau laluan gas terhalang, menjadikan semakin sukar untuk udara bergerak masuk dan keluar dari paru-paru.

Penyakit pulmonari sumbatan kronik[sunting | sunting sumber]

Penyakit pulmonari sumbatan kronik (COPD), termasuklah lelah sebagai contoh, adalah yang mana salur udara rosak dan menyempit.

Lelah (Asma)[sunting | sunting sumber]

Lelah merupakan satu lagi contoh penyakit paru-paru tersekat, (dan penyakit keradangan paru-paru).

Penyakit paru-paru sekatan[sunting | sunting sumber]

Penyakit paru-paru sekatan (atau penyakit paru-paru ruang antara) merupakan kategori penyakit pernafaskan yang bersifat kehilangan komplians paru-paru,[2] menyebabkan pengembangan paru-paru yang tidak lengka serta kekakuan paru-paru yang menjadi-jadi, cth. dalam sindrom kemurungan pernafasan bayi (IRDS).

Diagnosis[sunting | sunting sumber]

Penyakit pernafasan boleh disiasat dengan melakukan antara ujian-ujian berikut:

Epidemiologi[sunting | sunting sumber]

Penyakit pernafasan merupakan punca keuzuran dan maut yang kerap terjadi dan penting di seluruh dunia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-19. Dicapai pada 2011-07-03.
  2. ^ Sharma, Sat. "Restrictive Lung Disease". Dicapai pada 2008-04-19.

Templat:Medical conditions Templat:Respiratory pathology Templat:Certain conditions originating in the perinatal period Templat:Respiratory physiology