Perang Kemerdekaan Scotland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perang Kemerdekaan Scotland adalah merupakan siri-siri kempen ketenteraan yang berlaku di antara Kerajaan Scotland dan Kerajaan England yang merdeka pada akhir kurun ke-13 dan kurun ke-14.

Perang Pertama (1296–1328) bermula dengan serangan England ke atas Scotland pada tahun 1296, dan berakhir dengan Perjanjian Edinburgh-Northampton pada tahun 1328. Perang Kedua (1332–1357) pula bermula dengan serangan Edward Baliol yang disokong oleh England dengan "Pewarisan Dilucutkan" pada tahun 1332, dan tamat pada tahun 1357 dengan Perjanjian Berwick. Perang-perang ini merupakan sebahagian daripada krisis besar negara untuk Scotland dan tempoh ini adalah salah satu tempoh yang paling bermakna dalam sejarah negara. Pada akhir kedua-dua perang, Scotland mengekalkan statusnya sebagai negara merdeka. Perang-perang ini penting atas alasan yang lain, seperti kemunculan panah panjang sebagai satu senjata utama dalam peperangan Zaman Pertengahan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]