Perangkap Ajal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perangkap Ajal
Umum
PengarangZaer Rihaz
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
GenreAksi
Penerbitan
PenerbitAlaf 21
Tarikh penerbitan
22 Februari 2012
Jenis media
Cetakan (Kulit lembut)
Halaman432
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789831247631

Perangkap Ajal merupakan sebuah novel bertemakan aksi hasil nukilan Zaer Rihaz. Buku ini diterbitkan oleh Alaf 21 pada 22 Februari 2012. Selain itu, buku ini dicetak dalam kulit lembut setebal 432 muka surat.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

J-woks merupakan ketua penjenayah yang paling dikehendaki polis. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa masih gagal mengenal pasti wajah sebenar J-woks. Bahkan, konco-konconya sendiri tidak pernah melihat muka ketua mereka. Kejahatan J-woks dan kumpulannya di sekitar ibu kota Kuala Lumpur telah menjatuhkan maruah pihak oleh oleh kerana kejayaan mereka meloloskan diri.[1][2]

Inspektor Dzul Faqar bersikap optimis dalam tugasnya untuk mengetuai pasukan khas khusus dalam menangani kes ini. Namun, penjenayah yang dikejarnya menyimpan dendam. Semangat beliau untuk memburu penjenayah tersebut telah menyebabkan nyawa keluarga dan wanita yang dicintainya turut terancam.[1][2]

Perkara ini telah menjadikan komitmen beliau pada kerjaya bertukar menjadi konflik peribadi. Beliau mengetahui bahawa antara mereka, ada yang tidak akan berpuas hati selagi tidak berdepan dengan saat kematian. Matlamat hidupnya adalah untuk memastikan keamanan dan membawa J-woks ke muka pengadilan.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Perangkap Ajal by Zaer Rihaz". Goodreads. Alaf 21. Dicapai pada 18 Februari 2014.
  2. ^ a b c d "Perangkap Ajal - Zaer Rihaz". Alaf 21. Alaf 21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-22. Dicapai pada 18 Februari 2014.