Perbincangan:Demografi Singapura

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Berdasarkan artikel yang bersumberkan daripada akhbar Utusan Malaysia yang bertajuk Melayu Singapura Lebih berdisiplin, artikel ini banyak menyuarakan luahan hati masyarakat Melayu Singapura. Artikel ini bermula dengan kenyataan bebas daripada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad terhadap nasib orang melayu singapura. Tun Dr Mahathir Mohammad berpandangan bahawa orang melayu singapura terpinggir dan ketinggalan dari pelbagai bidang seperti ekonomi, sosial dan politik. Justeru itu, sebilangan kecil golongan yang terpelajar masyarakat melayu singapura telah memberikan reaksi yang panas serta luahan mereka mengenai kenyataan bebas daripada bekas perdana menteri tersebut. Apa yang berlaku secara realitinya, masyarakat Melayu Singapura dewasa ini lebih berdisiplin dalam pelbagai sektor yang diceburi. Mereka tidak lagi bergantung kepada konsep Malaysia yang memberikan perlindungan dalam persaingan dengan kaum yang lain khususnya dari kaum cina di tempat mereka dalam menjalani kehidupan seharian.






PENGENALAN Singapura merupakan sebuah Negara pulau yang terletak Asia Tenggara dan ia terletak di Selatan Semenanjung Malaysia, iaitu bersebelahan dengan Negeri Johor. Singapura memiliki populasi penduduk seramai 4.8 juta orang mengikut bancian pada tahun 2000 iaitu didominasi daripada kaum Cina 77%, Melayu 14%, India 7.6%, lain-lain 1.4%. Singapura memiliki empat bahasa rasmi seperti Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil. Bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu walaupun penggunaan bahasa Inggeris lebih meluas. Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan di antara kaum di Singapura. Ia juga digunakan dalam sistem pendidikan dan dalam pentadbiran kerajaan. Bahasa Inggeris pasar yang digunakan oleh rakyat Singapura dalam situasi tidak formal dikenali sebagai 'Singlish'. Walaupun kerajaan Singapura menggalakkan penggunaan Bahasa Mandarin untuk penduduk Cinanya, masih wujud lagi segelintir penduduknya yang lebih selesa berbual dalam dialek masing-masing seperti,Hokkien, Teochew, Kantonis dan lain-lain. Namun begitu, masyarakat melayu singapura kini lebih sentimen untuk terus maju ke kehadapan bersaing bersama-sama dengan kaum yang lain.

FAKTOR-FAKTOR 1) Persaingan antara kaum yang lain. Faktor perdana wujudnya isu semangat berdikari di kalangan masyarakat melayu singapura ialah kerana dalam setiap kehidupan mereka ini mempunyai persaingan dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi. Khasnya dari kalangan kaum cina, masyarakat majoriti di negara tersebut.