Perbincangan:Hikayat Anggun Che’ Tunggal

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Srivijaya ialah kerajaan Buddha[sunting sumber]

Saya ingin betulkan fakta dalam artikel ini yang menyebut "Antara punca kemusnahan tulisan kesusteraan Melayu adalah seperti lenyapnya Kerajaan Seri Wijaya serta kedatangan agama Islam ke alam Melayu, yang membawa kepada lenyapnya segala naskah-naskah kesusasteraan Melayu yang berasal dari zaman Hindu dahulu."

Dalam ayat yang tersebut mengatakan maklumat yang salah tentang kerajaan Srivijaya, kononnya ia adalah kerajaan Hindu. Sebenarnya ia adalah kerajaan beragama Buddha Mahayana.

Mungkin ada yang keliru kerana Parameswara (pengasas kerajaan Melaka)dikatakan berasal dari kerajaan Palembang yang beragama Hindu, yang susur galurnya berasal dari Srivijaya.

Ya, memang betul Parameswara beragama Hindu, tetapi susur galurnya dari Srivijaya yang beragama Buddha Mahayana. Jadi, usah keliru. Raja Parameswara (asal dari Kerajaan Palembang) - Hindu; Kerajaan Srivijaya - Buddha Mahayana.

Itu saja teguran saya. Terima Kasih. Harap pembetulan dapat dibuat oleh sesiapa.

MoBs (bincang) 16:48, 22 Oktober 2009 (UTC)[balas]