Perbincangan:Masjid Machang Bubuk

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Fatwa mengenai tapak Masjid Machang Bubok

FATWA Kedudukan Tanah Tapak Masjid Machang -Bubak & Pembinaan Sebuah Bangunan Kelas Agama di atas Kawasan Lapang Tanah Yang Sama Bahasa Asal  : Melayu Negara Asal  : Malaysia Tahun  : 1983 Pengarang  : Dato’ Haji Hassan Bin Haji Ahmad ( Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang) Rujukan  : Jabatan Hal Ehwal Ugama Pulau Pinang Nota  : Nota: Fatwa-Fatwa Yang Telah dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Pulau Pinang, Tahun 1961-1989

Soalan:

1) Lot 2140 ( lot lama 689 (2) ) dan lot 2144 ( lot lama 690 (3), Mk. 16, S.P.T. adalah merupakan 2 bidang tanah yang telah di jual oleh tuan tanah iaitu AI-Marhum Tuan Haji Ahmad Bin Hussain kepada:- 1) Haji Ahmad B. Haji Hussain 2) Haji Harun B. Lebai Othman 3) Samsudin b. Hj. Ahmad Mengikut Interim Register, ketiga-tiga mereka' didaftarkan setagai Pemegang Amanah kepada kedua-dua tanah tersebut. Walau bagaimanapun tanah tersebut tidak dicatitkan di dalam Conveyance 1060/106 sebagai tanah waqaf dan ketiga-tiga pembeli itu hanya dicatitkan sebagai Pemegang Amanah kepada Masjid Machang Bubok. Pada masa ini terdapat sebuah bangunan masjid yang dibina di bahagian penjuru kedua-dua lot tersebut, manakala kawasan lain di sebelah masjid itu merupakan tanah tapang. Soalannya, bolehkah ditentukan samada tanah lot 2140 dan lot 2144 itu boleh diterima atau tidak sebagai tanah waqaf, masjid Machang Bubok.

2. Bolehkah dibina dan didirikan sebuah bangunan kelas agama di atas tanah lapang tersebut. Bangunan yang dicadangkan berupa bangunan kayu bercampur bata berukuran 20 x 70 kaki. Peruntukan bagi membina kelas ini yang disediakan oleh Pejabat Daerah Bukit Mertajam dijangka dapat menampung seramai 90 orang murid untuk mengikuti pelajaran ugama.

Jawapan:

1) Tanah Lot 2140 dan lot 2144 adalah jelas kedudukannya sebagai tanah waqaf masjid Machang Bubok. Ini berdasarkan kepada kenyataan yang zahir iaitu terdapat sebuah masjid di atas tapak itu dan juga masjid berkenaan mempunyai pemegang Amanah yang menguasainya. سئل رضى الله عنه عما إذا وجدنا صورة مسجد ولم تدر هل وقف مسجد أم لا.فهل تثبت له أحكام المساجد؟ فاجاب بقوله الظاهر أنه يثبت له ذلك عملا بظاهر الحال.-الفتاوى الكبرى لأبن حجر الهيتمي ص 265. Yang bermaksud: Telah ditanya, jika kita dapati bentuk masjid dan tidak diketahui adakah ia waqaf masjid atau tidak, adakah sabit hukum masjid?Jawabnya: Yang zahir adalah sabit bagi bangunan itu hukum masjid berdasarkan kepada kenyataan zahir.

2. Boleh dibina apa-apa bangunan di atas tanah yang diwaqafkan untuk masjid dengan syarat tidak menganggu kehormatan masjid dan boleh dipecahkan apabila diperlukan untuk perluasan masjid.

Sekian.

Untuk keterangan lengkap : lihat laman web dibawah:-

http://www.e-infad.my/i-fms/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=1775&Itemid=48