Perbincangan:Mat Sentol

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mat Sentul atau nama sebenarnya Abdul Rashid Bin Yahaya (Mat Sentul) yang berasal dari Muar, Johor pernah mememenuhi ruang filem Melayu. Beliau telah membintangi sebagai pelakon utama dan lebih dari 20 buah filem siri Mat seperti Mat Tiga Suku, Mat Raja Kapur, Mat Magic, Mat Lanun, Mat Karung Guni, Mat Tiga Suku, Mat Tenggek dan lain-lain selain sebagai pelakon tambahan dalam berpuluh filem keluaran Cathay Keris, Singapura.

Pada awalnya beliau telah berkerja dengan Cathay Keris sebagai pelukis poster telah diberi lakonan kecil pada awal penglibatanya dalam seni perfileman. Dari situ beliau telah melangkah kedalan layar perak sebagai pelakun komedi. Mat Sentul mempunyai bakat yang unik. Selain berlakon beliau berkebolehan menulis lirik, mencipta lagu menjadi pengarah, lakon layar, penyunting, menulis skrip dan lain-lain lagi. Kebanyakkan cerita-cerita siri 'Mat' dikarangnya sendiri dari segi skrip, lakon layar, lagu dan juga mengarah.

Semasa kegawatan filem Melayu dalam era akhir 60an dan 70an, walau pun hitam putih filem-filem beliau telah menyumbang kekosongan filem-filem Melayu dicelah-celah filem Hollywood, Hong Kong dan juga filem Hindustan. Walau pun filem beliau bukan heavy drama, kebanyakkan filem beliau adalah filem fantasi. Masyarakat Melayu ketika itu menerima kehadiran filemnya.

RTS (Radio TV Singapore) dan kemudiannya SBC telah menjadikannya ikon rancangan kanak-kanak bermula daripada rancangan Mat Yoyo dan kemudian kepada Aksi Mat Yoyo dan Kelab Mat Yoyo. Rancangan tersebut telah mendapat anugerah rancangan kanak-kanak yang idealistic dan terpanjang yang dianugerah oleh ABU (Asian Broadcasting Unit).