Perbincangan:Mukim Hulu Selama

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
                         '''Daerah penempatan Etnik Melayu Patani'''

1)Daerah ini mempunyai dialek Patani.

2)Hubungan mereka adalah dikatakan mempunyai talian persaudaraan dengan etnik Patani dan Kesultanan Patani di Selatan Thailand.

3)Daripada cerita orang tua-tua bahawa keturunan mereka ini adalah dari keturunan kerajaan Raja Patani yang memerintah kawasan islam di Selatan siam.Bagaimanapun mereka melarikan diri akibat daripada usaha raja siam yang menakluki daerah tersebut.

4)Keturunan etnik ini juga sebenarnya mempunyai kaitan dengan penyebaran agama islam di Utara Semenanjung Tanah Melayu ketika itu.Ini dapat dibuktikan dengan gelaran syeikh pada awal nama mereka yang terdahulu, tetapi telah dipadamkan pada nama generasi sekarang akibat daripada permusuhan antara raja siam utuk memulakan penghidupan baru dipenempatan mereka yang tidak mahu dikesan dalam keadaan yang aman,selesa dan harmoni.

5)Untuk mengenali keturunan etnik ini adalah mudah,Iaitu hidangan pendahuluan kenduri-kendara mereka dimulakan dengan doa,membaca surah yassin beserta pulut putih dan kuning dihadapan mereka.

6)Difahamkan juga pembukaan penempatan awal mereka juga menempatatkan lokasi sepanjang tepian sungai iaitu lokasi strategik ketika itu yang menggunakan jalan sungai.

7)Sebelum ini telah ada usaha untuk menemukan semula salasilah keturunan mereka oleh Allahyarham Ustaz Haji Abd Aziz bin Haji Ahmad iaitu bekas wakil rakyat Daerah Selama. Tetapi usaha beliau tergendala akibat daripada Allahyarham jatuh sakit dan terus meninggal setelah pulang daripada mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah.

8)Pada rancangan jejak Rasul yang disiarkan oleh TV3 sebelum ini telahpun terputus kisah yang mengaitkan para pendakwah yang menyebarkan Islam di utara Tanah Melayu ketika itu.Cerita ini sebenarnya boleh diteruskan lagi sekiranya pihak TV3 dapat menemuramah orang lama di Daerah ini yang menyimpan seribu rahsia sebenarnya.


Karya,

Mohd Fadzil Bin Hasan Basari, Attp:fadzilbasri@yahoo.com.my