Perbincangan:Politik Pulau Pinang 2008-2010

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nampaknya tangan-tangan yang menokok tambah rencana ini sukar mengelakkan diri dari manambah-perisa rencana ini mengikut pegangan politik masing-masing. Hal itu mungkin sukar dibuang seratus peratus tetapi kita mesti sentiasa berazam untuk memurnikan setiap rencana di sini. Cuma harapan saya ialah:

  • Tolong gunakan fakta yang tepat dan benar.
  • Orang luar jangan masuk campur dalam urusan politik Malaysia.

Saya dapati pandangan terhadap DEB begitu menyimpang daripada maksud sebenar DEB dilancarkan. Malah penakrifan DEB dibuat sewenang-wenangnya tanpa merujuk fakta sebenar. Suka saya berkongsi di sini, DEB dilancarkan bersama oleh para pemimpin negara kalangan Melayu, Cina dan India dan juga kaum-kaum minoriti lain selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Sebenarnya, masyarakat Cina sudah berada di Tanah Melayu sekurang-kurangnya sebelum abad ke 19 lagi. Mereka ditempatkan di kawasan lombong dan kemudiannya ada di antara mereka berpeluang menjadi pengusaha lombong dan terlibat dalam aktiviti ekonomi berkaitan bijih timah. Pendapatan yang agak baik daripada penghasilan bijih timah mendorong kegiatan aktif ekonomi masyarakat setempat (kaum Cina). Dengan itu mereka mampu untuk berbelanja seterusnya menggalakkan aktiviti ekonomi seperti peruncitan barangan keperluan, pakaian, dan sebagainya. Pihak penjajah Inggeris yang mentadbir ekonomi Tanah Melayu turut menyediakan kemudahan awam dan prasarana yang lebih baik di kawasan perlombongan itu dan akhirnya membantu kawasan tersebut menjadi bandar kecil. Dengan itu muncul satu lagi golongan daripada kalangan mereka iaitu golongan peniaga. Para peniaga ini berjaya dalam perniagaan mereka kerana terdapat prasarana yang baik disediakan oleh Inggeris dan penduduk setempat mempunyai kuasa beli yang menggalakkan. Persekitaran ekonomi yang aktif dan produktif ini dinikmati oleh masyarakat bandar (baca: Cina) sejak awal pembukaan lombong sehinggalah kini. Jika kita ambil tarikh 1900 sebagai permulaan orang Cina di kawasan lombong (baca: bandar), bermakna orang Cina sudah bergerak selama 57 tahun pada tahun 1957 sedangkan orang Melayu bermula dengan 000000 pada 1 September 1957. Adakah ini adil bagi orang Melayu? Bacalah sejarah dan fahamilah ia. Fahami juga yang tersirat di sebalik yang tersurat. Lihat juga bilakah sekoalah Melayu pertama dibina dan bilakan sekolah Cina pertama dibina di Tanah Melayu? Adilkah perlumbaan ini? cheguman 06:17, 18 Mac 2008 (UTC)[balas]