Perbincangan:Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tajuk ini disunting oleh Aiman bin Ab Majid, bekas pelajar pendidikan khas SMK USJ 4 dari tahun 2003 hingga 2004.


Hai Aiman, anda tidak perlu mengatakan bahawa sekolah ini adalah "utama dan terkenal". Ketika anda mendakwa demikian tanpa memberikan sokongan fakta, kenyataan itu menjadi pendapat anda sendiri. Pendapat diri tidak boleh dimasukkan dalam rencana portal ini kerana portal ini merupakan portal ensiklopedia yang serupa dengan Ensiklopedia Britannica. Oleh sebab itu, saya telah mengeluarkan frasa tersebut.

Jika anda hendak memasukkan frasa "utama dan terkenal", anda perlu memberikan peristiwa-peristiwa yang menyebabkan anda mengatakan sekolah ini adalah "utama dan terkenal". Umpamanya rencana Albert Einstein bermula dengan ayat-ayat:

Albert Einstein adalah seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman yang telah dipandang sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20. Beliau mengemukakan teori kerelatifan dan membuat banyak sumbangan utama kepada perkembangan mekanik kuantum, mekanik statistik dan kosmologi.

Dengan mengemukakan fakta sokongan, tiada sesiapa pun yang boleh mempertikaikan frasa "ahli sains yang teragung pada abad ke-20" kecuali dia boleh memberikan pencapaian yang lebih teragung. Sebenarnya, jika kita mengemukakan fakta-fakta itu, fakta-fakta itu akan membayangkan bahawa seseorang tokoh atau sekolah itu adalah "utama dan terkenal" tanpa memerlukan kita mengatakan demikian.

(P/S: Pesanan ini cuma merupakan suatu perbincangan dalam semangat portal komuniti. Jika anda berasa gaya penulisan di atas amat susah bagi anda, takpe. Biarkan saje. Mungkin pengguna yang lain akan membantu membetulkan. — PM Poon 18:44, 27 Mei 2006 (UTC)[balas]